He Is A Pilot Profile


         Ambiance Pop from Kuala Lumpur, Malaysia
He is a Pilot (H.I.AP) merupakan sebuah kumpulan muzik beraliran pop yang berasal dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur. H.I.A.P dianggotai 4 orang anak muda iaitu Mel (Drums), Haris (Vokal/ Gitar), Kuchai (Gitar Utama dan Paka (Bass). Perjalanan seni H.I.A.P bermula sekitar awal 2011 yang diasaskan oleh Iskandar dan Mel. Selepas beberapa bulan menubuhkan H.I.A.P, Iskandar tidak meneruskan perjuangan kerana berpindah ke U.S atas urusan kerja. H.I.A.P yang hanya dianggotai oleh Mel ketika itu, telah bertemu Haris untuk meneruskan perjuangan muzik H.I.A.P.  Mel dan Haris hanya bermula dengan berkongsi hasil-hasil karya ciptaan mereka sesama sendiri dan lama-kelamaan mendorong mereka untuk menubuhkan sebuah band secara serius dalam usaha untuk mengenegahkan hasil-hasil karya mereka kepada masyarakat.  Oleh yang demikian, H.I.A.P meletakkan usaha untuk mencari ahli baru untuk mengisi kekosongan untuk posisi pemain gitar utama dan bass.  Lagu-lagu H.I.AP menyentuh kisah-kisah kehidupan seharian yang dijangkakan mampu memenuhi citarasa penggemar muzik masa kini.  Antara lagu-lagu H.I.A.P adalah ‘Sampai Bertemu’, ‘Sisimu’, ‘Ketika’ dan ‘Ku Bahagia’. Kini anda boleh mendengarkan single pertama H.I.A.P bertajuk ‘Ku Bahagia’ yang telahpun diputarkan di stesen radio online Gempar.FM.