Chad Hot FM bertunang dengan ahli kumpulan Klangit

Penyampai radio Hot FM, Chad atau nama sebenarnya, Nur Shazrena Abd Rahim pernah dikatakan bercinta dengan gitaris kumpulan Klangit, Haris.

“Alhamdulillah, saya sebenarnya telah melangsungkan pertunangan bersama Haris pada tanggal 18 Ogos yang lalu. Pertunangan berlangsung dekat kediaman saya di Telok Mas, Melaka. Insya Allah, kami merancang untuk bertunang selama setahun sebelum kami berdua bersedia untuk menempuhi gerbang perkahwinan,” jelas Chad.

Ketika ditanya mengenai saat-saat perkenalannya bersama Haris, Chad menceritakan yang dia mengenali Haris pada tahun lalu. 

“Kami berkenalan semenjak tahun lepas, dalam bulan September. Selepas tiga bulan berkenalan, kami serius menjalinkan hubungan cinta. Dua bulan yang lalu, baru kami mengambil keputusan untuk melangsungkan pertunangan,” ujar penyampai segmen Hot FM Zon di Hot FM ini.

Sumber:Gua.com.my