Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Serpihan MH370 Ditemui di Afrika?

Di Washington: Serpihan pesawat dilaporkan telah ditemui di pesisiran pantai timur Afrika Mozambique dan Madagascar, bahagian ekor persawat Penerbangan Malaysia MH370, lapor di NBC News.

Reuters yang telah memetik penyiasatan di Amerika Syarikat menyatakan Malaysia dan Australia yang sudah melihat gambar serpihan tersebut. Rangkaian berita NBC News telah melaporkan ia mungkin pesawat Boeing 777 model yang seakan sama seperti MH370 perjalan ke Beijing dari Kuala Lumpur yang hilang pada mac 2014 yang lalu.

Selain itu, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS dan pihak-pihak berkuasa Malaysia telah membuat rujukan pada semua soalan kepada pihak berkuasa penyiasatan.

Gambar Dari Paparan Akbar Metro Harian.
NBC News melaporkan serpihan ditemui di pantai Selat Mozambique oleh seorang lelaki Amerika yang membuat penyiasatan tentang pesawat itu.

Pihak berkuasa Australia memberitahu NBC News, mereka sedang mengaturkan siasatan serpihan tersebut itu ang hanyut ke sana.

Lelaki Pokok

Dhaka: Seorang lelaki yang digelarkan 'Lelaki Pokok' kerana ditumbuhi ketuat yang besar seperti kulit pokok pada kaki dan tangannya serta memerlukan pembedahan yang lebih banyak untuk membuang semua ketuat itu.

Pihak Hospital telah selesai membedah pada tangan kanan Abul Bajandar untuk membuang sebahagian ketuat yang kecil. Selain itu, lelaki yang berusia 26 tahun itu dimasukkan ke Hospital pada bulan yang lalu untuk membuang ketumbuhan ketuat seberat 5 kilogram  10 tahun yang mulai tumbuh.

Bagaimanapun, Abul memerlukan lagi 15 pembedahan  untuk membuang kesemua ketuat dan kemungkinan ia mengambil masa selama 6 bulan atau 1 tahun.

Picture by My Metro

Taman cinta si suami

Shintomi, Jepun: Seorang suami menukar kediamannya menjadi taman bunga cantik semata-mata untuk menarik kedatangan pelancong dengan sekali gus menggembirakan isterinya yang buta.

Tohiyuki Kuroki membina taman selama 10 tahun dan kini beliau menerima 7,000 pelancong melawat kediaman beliau. Selain itu, kisah pasangan ini bermula pada 1956 apabila Kuroki membeli hartanah berkenaan dan mengusahakan ladang ternakan lembu selepas berkahwin dengan isterinya Yasuko.



Pasangan itu merancangan mengembara seluruh negara apabila mereka bersara kelak, tetapi impian mereka tidak kesampaian. Yasuko selepas melebihi 30 tahun berkahwin ia menerima sejenis penyakit mata dan menjadi buta.

Tikam isteri, bunuh anak


Di Keningau: Pihak Polis dapat berkas lelaki berusia 39 tahun yang disyaki membunuh anak dan isterinya kerana marah gara-gara meminta wang belanja dapur.

Kejadian ini berlaku di kawasan Kampung Melampoi, Nabawan di sana, masa 2pagi yang lalu pada hari Khamis. Mangsa Rojas Jonvi, 8 tahun telah ditemui mati dalam keadaan meniarap dengan kesan luka di badannya. Manakala isteri suspek pula iaitu Edwena Doca, 49 tahun menerima rawatan di Hospital Keningau akibat luka di perut kerana ditikam.

Ketua Polis di Daerah Keningau berkata, "pemeriksaan di dalam rumah menemui mayat kanak-kanak lelaki di percayai adalah anak beliau dan isterinya berjaya menyelamatkan diri dan meminta pertolongan orang kampung.

Tayang barang curi di FB

MURPHY menggigit wang berjumlah ratusan paun yang dikepitkan
dengan dua roti.
London: Sekumpulan pencuri yang melarikan beberapa kereta mewah dan berprestasi tinggi daripada sebahagian penduduk paling kaya di bandar raya ini ditangkap selepas memuatnaikkan gambar dalam Facebook.

Ia termasuk gambar yang menunjukkan seorang anggotanya memakan sandwic ‘wang.’ Menurut sumber polis, lapan lelaki itu mencuri sembilan kereta, termasuk BMW, Range Rover, Porsche dan sebuah Mercedes berharga RM500,000 di samping barang kemas, telefon bimbit, komputer riba dalam 15 rompakan berasingan.

“Polis akhirnya berjaya menangkap mereka selepas seorang anggota memuatnaikkan gambarnya duduk di atas bonet sebuah Range Rover curi dalam Facebook”, katanya.

Gambar itu membolehkan polis menemui beberapa gambar lain dalam laman sosial itu dan pada telefon kumpulan berkenaan yang menunjukkan mereka berbangga mengenai kekayaan masing-masing. Ia menunjukkan mereka duduk di atas kereta curi, minum arak, memakai jam Rolex dan Cartier serta bergaya bersama-sama longgokan not £20 dan £50.

Satu daripada gambar itu menunjukkan Conor Murphy, 19, menggigit wang berjumlah ratusan paun yang dikepitkan dengan dua roti.

Polis turut menemui rakaman video pada telefon mereka yang menunjukkan anggota kumpulan itu berlumba dengan kereta yang mereka curi. Mesej Blackberry yang digunakan oleh anggota kumpulan itu untuk mengatur rompakan juga ditemui.

Tujuh anggota kumpulan itu mengaku bersalah terhadap jenayah itu. Seorang lagi, Rory Mason, 18, menafi terbabit dalam rancangan untuk mencuri kereta. Dia bagaimanapun didapati bersalah.

Mahkamah Isleworth diberitahu mengenai bagaimana kumpulan terbabit memberi tumpuan terhadap kediaman yang memiliki kereta mewah.

Kegiatan itu dijalankan antara April dan September tahun lalu dan kawasan yang menjadi sasaran ialah di Notting Hill, Kensington dan Kensal Green.

Pondan menyamar 'doktor' perdaya 5 klinik ditahan

MELAKA - Polis menahan seorang pondan yang menyamar sebagai doktor perubatan dan memperdaya lima klinik di sekitar daerah Melaka Tengah di sini untuk menerimanya sebagai pekerja sambilan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Melaka Supt Soh Hock Sing berkata lelaki berusia 26 tahun yang dikenali sebagai 'Doktor Ika' itu turut memalsukan Sijil Perakuan Amalan Tahunan bagi menyakinkan majikan untuk mengupahnya dengan bayaran maksimum RM45 sejam.


Beliau berkata lelaki tersebut dipercayai menyamar sebagai doktor dengan menggunakan salinan sijil dari Majlis Perubatan Malaysia ketika memohon pekerjaan berkenaan di lima klinik di Sungai Udang, Batu Berendam dan Melaka Baru sejak Januari lepas.

"Salinan sijil yang dicetak berkenaan mempunyai nombor siri yang sebenarnya milik pegawai perubatan lain tetapi dipalsukan suspek," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata lelaki yang berasal dari Sabah dan menetap di Ampang, Kuala Lumpur itu, didapati menyewa rumah di Batu Berendam di sini dan dipercayai turut menggunakan helah sama di Perak dan Pahang sebelum berpindah ke Melaka bagi mengelak dikesan.

Katanya siasatan awal mendapati lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu dikatakan memberi lebih perhatian kepada pesakit lelaki yang datang mendapatkan rawatan.

Soh berkata bagaimanapun penyamaran doktor palsu yang berwajah ayu, bertubuh kecil dan sering berbaju kurung serta bertudung itu terbongkar apabila sebuah klinik di Batu Berendam menerima aduan daripada seorang isteri pesakit yang memberitahu suspek sering menghubungi suaminya melalui telefon bimbit.

Beliau berkata aduan itu kemudian membawa kepada pendedahan maklumat peribadi sebenar doktor palsu tersebut yang dilakukan klinik berkenaan sebelum membuat laporan polis pada 8 April lepas.

Katanya bertindak atas aduan tersebut, satu pasukan khas ditubuhkan dan seorang pegawai JSJK menyamar menjadi pesakit suspek sebelum berjaya menahannya di Batu Berendam pada 11 April lepas.

Sehubungan itu beliau meminta mangsa yang terdiri daripada pemilik klinik yang pernah menggaji suspek dan bekas pesakit yang pernah mendapatkan rawatan tampil bagi membantu siasatan.

Lelaki tersebut ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menyamar untuk tujuan menipu. 

Kereta Rentung Langgar Bas Ekspres

CHUKAI: Sungguh memilukan apabila empat beranak rentung selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 126.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, depan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kemasik, dekat sini, awal pagi tadi.

Kemalangan menyayat hati itu itu meragut nyawa seorang guru, Sabirin Sulaiman, 45, dan isterinya, Halina Saif @ Saib, 40, serta dua anak mereka, Siti Aisyah, 14, dan Siti Khatijah, 12. 
Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapa berkata, empat beranak itu terperangkap di dalam kenderaan selepas kereta Kia Sephia yang mereka naiki bertembung dengan bas Ekspres Budaya, kira-kira jam 1.30 pagi sebelum kenderaan mereka terbakar dan seterusnya membakar bas ekspres terbabit yang dinaiki lapan penumpang. 

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki keluarga terbabit dari arah Kemaman ke Dungun dikatakan gagal dikawal sebelum memasuki laluan kanan jalan.


Berikutan itu katanya, kereta terbabit dikatakan bertembung dengan bas ekspres yang datang dari arah bertentangan sebelum kereta itu diseret bas terbabit kira-kira 30 meter sehingga ke kaki lima jalan.


Katanya, pertembungan itu menyebabkan kereta dinaiki keluarga malang terbabit terbakar sebelum api itu menyambar dan membakar hampir keseluruhan bas ekspres terbabit yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Melaka. 

Menurutnya, jalan di lokasi kemalangan bukanlah disenaraikan sebagai laluan berbahaya dan kereta terbabit dipercayai memasuki laluan bertentangan berikutan cuaca ketika itu hujan renyai. 

"Saya menasihati kepada semua pemandu supaya lebih berhati-hati terutamanya dalam keadaan cuaca yang sering hujan lebat menyebabkan air bertakung di atas jalan," katanya sambil memberitahu kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian. 

Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Rozlan Seman berkata, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh serta Kemaman bersama tiga jentera bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang ramai sebelum melancarkan operasi memadam kebakaran kedua-dua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu. 

Katanya, bomba terpaksa memadam keseluruhan kedua-dua kenderaan terbabit sebelum melancarkan kerja-kerja mengeluarkan kesemua mangsa yang rentung dalam kenderaan terbabit.  By Harian Metro



P/s: Kepada Pembaca Harap Anda Pandulah Dengan Selamat, Ingat Orang Yang Tersayang Ok