Showing posts with label berita tergempar. Show all posts
Showing posts with label berita tergempar. Show all posts

Serpihan MH370 Ditemui di Afrika?

Di Washington: Serpihan pesawat dilaporkan telah ditemui di pesisiran pantai timur Afrika Mozambique dan Madagascar, bahagian ekor persawat Penerbangan Malaysia MH370, lapor di NBC News.

Reuters yang telah memetik penyiasatan di Amerika Syarikat menyatakan Malaysia dan Australia yang sudah melihat gambar serpihan tersebut. Rangkaian berita NBC News telah melaporkan ia mungkin pesawat Boeing 777 model yang seakan sama seperti MH370 perjalan ke Beijing dari Kuala Lumpur yang hilang pada mac 2014 yang lalu.

Selain itu, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS dan pihak-pihak berkuasa Malaysia telah membuat rujukan pada semua soalan kepada pihak berkuasa penyiasatan.

Gambar Dari Paparan Akbar Metro Harian.
NBC News melaporkan serpihan ditemui di pantai Selat Mozambique oleh seorang lelaki Amerika yang membuat penyiasatan tentang pesawat itu.

Pihak berkuasa Australia memberitahu NBC News, mereka sedang mengaturkan siasatan serpihan tersebut itu ang hanyut ke sana.

Lelaki Pokok

Dhaka: Seorang lelaki yang digelarkan 'Lelaki Pokok' kerana ditumbuhi ketuat yang besar seperti kulit pokok pada kaki dan tangannya serta memerlukan pembedahan yang lebih banyak untuk membuang semua ketuat itu.

Pihak Hospital telah selesai membedah pada tangan kanan Abul Bajandar untuk membuang sebahagian ketuat yang kecil. Selain itu, lelaki yang berusia 26 tahun itu dimasukkan ke Hospital pada bulan yang lalu untuk membuang ketumbuhan ketuat seberat 5 kilogram  10 tahun yang mulai tumbuh.

Bagaimanapun, Abul memerlukan lagi 15 pembedahan  untuk membuang kesemua ketuat dan kemungkinan ia mengambil masa selama 6 bulan atau 1 tahun.

Picture by My Metro

Taman cinta si suami

Shintomi, Jepun: Seorang suami menukar kediamannya menjadi taman bunga cantik semata-mata untuk menarik kedatangan pelancong dengan sekali gus menggembirakan isterinya yang buta.

Tohiyuki Kuroki membina taman selama 10 tahun dan kini beliau menerima 7,000 pelancong melawat kediaman beliau. Selain itu, kisah pasangan ini bermula pada 1956 apabila Kuroki membeli hartanah berkenaan dan mengusahakan ladang ternakan lembu selepas berkahwin dengan isterinya Yasuko.



Pasangan itu merancangan mengembara seluruh negara apabila mereka bersara kelak, tetapi impian mereka tidak kesampaian. Yasuko selepas melebihi 30 tahun berkahwin ia menerima sejenis penyakit mata dan menjadi buta.

Tikam isteri, bunuh anak


Di Keningau: Pihak Polis dapat berkas lelaki berusia 39 tahun yang disyaki membunuh anak dan isterinya kerana marah gara-gara meminta wang belanja dapur.

Kejadian ini berlaku di kawasan Kampung Melampoi, Nabawan di sana, masa 2pagi yang lalu pada hari Khamis. Mangsa Rojas Jonvi, 8 tahun telah ditemui mati dalam keadaan meniarap dengan kesan luka di badannya. Manakala isteri suspek pula iaitu Edwena Doca, 49 tahun menerima rawatan di Hospital Keningau akibat luka di perut kerana ditikam.

Ketua Polis di Daerah Keningau berkata, "pemeriksaan di dalam rumah menemui mayat kanak-kanak lelaki di percayai adalah anak beliau dan isterinya berjaya menyelamatkan diri dan meminta pertolongan orang kampung.

Kemalangan terburuk sejak 17 tahun - Nahas Bas Jatuh Gaung

Nahas Bas Terhumban Gaung : Kemalangan terburuk sejak 17 tahun | KUALA LUMPUR – Nahas bas ekspres yang terjunam sejauh 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Genting Highlands hari ini adalah kemalangan paling buruk pernah berlaku di kawasan itu dalam tempoh 17 tahun.

Setakat ini 30 orang disahkan terkorban dalam tragedi yang berlaku kira-kira 2.45 petang itu.
Bas itu dipercayai membawa 49 penumpang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara.

Kemalangan buruk lain ialah pada Julai 1996 apabila 17 orang termasuk enam kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands.

Pusat peranginan Genting Highlands merupakan destinasi percutian popular bagi rakyat tempatan dan juga pelancong dari negara seperti Singapura, India, Taiwan, Jepun dan Indonesia.

Berikut ialah kronologi kemalangan maut melibatkan bas di kawasan Genting Highlands, Pahang:

5 Mac 2012 – Dua pelancong warga India maut manakala 20 lagi penumpang cedera 
apabila baspelancong terbalik di bahu jalan di KM4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ketika bas itu dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara.

29 Oktober 2010 – Tujuh maut manakala 20 orang cedera selepas sebuah bas pelancongan terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah ketika menuruni Genting Highlands.

2 September 2010 – Lapan belas orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di KM35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands.

3 Jun 2008 – Dua penumpang sebuah bas persiaran maut manakala 41 yang lain cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas lalu terjunam sembilan meter ke dalam gaung diKM 22.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

20 November 2006 – Tiga pegawai Provincial Electricity Authority of Thailand (PEA) terbunuh apabila bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbalik ketika dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands di KM13, Jalan Genting Highlands-Batang Kali.

14 November 1999 – Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun dari Singapura terbunuh apabila sebuah bas yang dalam perjalanan ke Singapura, terhumban ke dalam gaung di Genting Highlands.

31 Disember 1996 – Seramai 30 orang cedera apabila sebuah bas menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke dalam gaung di KM4 dekat Tokong Chin Siew di Genting Highlands semasa sedang menuruni bukit peranginan itu.

15 Julai 1996 – Tujuh belas orang termasuk enam kanak-kanak terkorban apabila bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands. - Bernama

Pergi Dengan Sempurna


Bangi: “Ada jemaah terdengar suara arwah seakan-akan sebak dan dia menarik nafas panjang ketika hendak sujud sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.”

Demikian kata Pengerusi dan juga imam Surau Al-Mujahidin, Bandar Baru Bangi, Mohamad Sukor Atan, 52, ketika menceritakan kematian siak surau itu, Ruslan Ishak, 61, dalam keadaan bersujud ketika menunaikan solat sunat selepas fardu Zuhur, kelmarin.

"Secara zahirnya arwah pergi menghadap Allah SWT dalam keadaan yang cukup sempurna iaitu berpuasa pada bulan Ramadan dan paling bermakna dalam keadaan bersujud ketika solat di surau.

Info Dari: Harian Metro



Tempat Kotor Ni!!



BILIK persalinan yang dijadikan tempat makan murid.

Kuala Lumpur: Bilik persalinan yang didakwa dijadikan tempat makan bagi pelajar bukan Islam di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh sebenarnya digunakan sejak Mac lalu berikutan kantin sekolah berkenaan tidak mampu menampung bilangan murid pada waktu rehat.

Difahamkan, bilik persalinan itu yang baru dibina tidak pernah digunakan dan ia hanya digunakan sebagai tempat makan sejak awal tahun ini, malah ia digunakan semua murid di sekolah berkenaan tanpa mengira agama dan bangsa.

Dalam tinjauan di sekolah berkenaan mendapati bilik persalinan yang dijadikan kantin sementara itu turut diletak dengan poster maklumat seperti ‘Basuh tangan sebelum makan’, ‘Bersihkan tempat makan selepas makan’ malah didapati bersih dan bukannya kotor seperti yang didakwa.

Guru besar sekolah berkenaan, Mohammad Nasir Mohd Noor berkata: “Saya tidak menyangka isu ini menjadi sensitif. Ia sebenarnya bukannya digunakan untuk pelajar bukan islam saja sebaliknya sudah digunakan sejak Mac lalu semua pelajar.

“Bilik persalinan itu tidak pernah digunakan langsung sebaliknya hanya dibuka selepas kantin tidak dapat menampung 1,000 pelajar pada waktu makan,” katanya.

Atikel By: Harian Metro

Terdetik Nak Bunuh Ibu Sendiri

RAFIDAH dakwa mencuba najis dadah kerana hidup kesunyian.

Bukit Beruntung: “Saya ada terdetik untuk membunuh ibu saya. Malah kerana marah apabila dikejutkan dari tidur, saya membaling kipas meja ke arah ibu, menyebabkan dia menerima tujuh jahitan di leher,” kata remaja perempuan yang menagih syabu dan mahu dikenali sebagai Rafidah, 18.

Dia yang mengambil dadah sejak berusia 13 tahun berkata, akibat ketagihan syabu dia lebih cepat marah, sensitif dan adakalanya banyak bercakap, termasuk perkara yang mengarut dan langsung tiada kaitan dengan kehidupannya sebagai pelajar.

Lebih malang lagi, akibat pergaulan bebas bersama rakan-rakan lain, dia terlanjur melakukan hubungan seks dengan teman lelaki dan mengandung anak luar nikah ketika rakan seusia lain tekun belajar untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Namun, mungkin juga akibat kesan syabu yang sudah merosakkan saraf otaknya, Rafidah langsung tidak berasa sayang atau bercita-cita untuk memelihara anaknya.

“Saya langsung tidak rasa hendak pelihara anak saya yang kini dijaga keluarga angkat. Hidup saya sekarang biasa saja. Biarlah dia tinggal dengan keluarganya,” katanya selamba.

Admin P/s: Sanggupkah? Aduh Sampainya Hati Dia nak Bunuh Ibu Dia. Ibu Yang Bersusah Payah Melahirnya, Mendidiknya Dari Kecil Tu. Semoga Dia Bertaubat Dengan Sikapnya Itu.

Atikel By: Harian Metro


Master Chef Selebriti Malaysia 2- Keputusan dikatakan bocor


Menafikan keputusan juara MasterChef Selebriti Malaysia 2 (MCSM2) sudah dibocorkan pihak tertentu sebaik nama Syura diumumkan juara, malam kelmarin, Astro melihat desas-desus siapa pemenang sebagai perkara biasa dalam pertandingan program realiti berbentuk rakaman.


Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli, berkata penyebaran gosip mengenai kemenangan penyanyi itu hanya telahan memandangkan nama pencabar terdekat, Celina Khor, juga turut digembar-gemburkan mengungguli gelaran sama. 

“Kita tidak dapat menghalang spekulasi daripada dikeluarkan pihak lain. Kini, teka-teki mengenai juara MasterChef Selebriti Malaysia musim dua sudah terjawab,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian hadiah, malam kelmarin.

Artis Terus Bantu Palestin

AKTIVITI mengutip dana membantu saudara kita di Palestin terus giat dilakukan. Hari ini di Dataran TV Alhijrah, Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur berhampiran Masjid Negara, berlangsung acara besar membabitkan tujuh badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Palestin bergabung buat julung kali.

Ramai artis tempatan menjayakan majlis bermula jam 9 pagi sehingga 11 malam. Antaranya artis dari Usrah Fitrah, Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Irma Hasmie, Salima Habibi; pelawak, pelakon dan pengarah Afdlin Shauki, Zain Saidin dan Zoey.

Sebelah malam pula acara kemuncak konsert yang menghimpunkan kumpulan nasyid Rabbani, UNIC, Saujana dan Hijjaz. Penyanyi lagu ketuhanan dari Indonesia yang popular dengan lagu zikir Hasbunallah, Yoga Al Ghazali juga sanggup turun bagi memeriahkan acara ini.

Dengarnya, Diana Amir akan deklamasi puisi dari karya A Samad Said yang menyentuh kemanusiaan dan penderitaan rakyat Palestin. Diana memang antara artis tempatan yang kuat berkempen untuk misi ini.

Kita patut kagum dengan sikap setiap artis ini yang tak kenal lelah terus membawa tabung tertera Demi Palestin semata-mata bagi mengutip derma.

Marilah sama-sama kita menderma sambil mengisi masa hujung minggu dengan menghadiri acara terbesar ini. Yang penting, kita semua bergabung atas nama persaudaraan membantu warga Palestin setakat termampu.