Showing posts with label gosip artis. Show all posts
Showing posts with label gosip artis. Show all posts

Ustaz Kazim kian pulih


Kota Bharu: Ustaz Datuk Mohamad Kazim Elias yang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), kini beransur pulih. Juru cakap (HUSM) berkata keadaan Ustaz semakin stabil di wad separa kritikal (CCU). 

"Beliau perlulah berehat dengan secukupnya bagi memulihkan kembali kesihatannya. Serta diharapkan orang ramai yang mahu melawatnya perlulah juga memberinya masa dan ruang kepada beliau untuk berehat".

Ustaz Datuk Kazim Elias memohon maaf kepada pengunjung di Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Jajahan Bachok, Gunong

Hanez Memberi Penjelasan Isu Rampas Suami Orang

                                      



Petaling Jaya: “Semua fakta dijelaskan, saya tuntut dia minta maaf secara terbuka atas tuduhan dilemparkan.”

Demikian permintaan pelakon Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, atau Hanez terhadap wanita dikenali sebagai Nurliyana Abdul Manan, 29, yang membuat kenyataan mendakwa artis itu merampas suaminya. 

Nurliyana yang kini dalam proses perceraian dengan suaminya, Romie Razin Adilha, 34, sebelum ini mengeluarkan kenyataan mendakwa Hanez menjadi penyebab keretakan rumah tangga mereka.

Hanez berkata, kenyataan Nurliyana yang dia menjalin hubungan dengan Romie sejak lapan bulan lalu juga satu fitnah.



David Teo mengumpamakan Ahmad Idham seperti kacang lupakan kulit

Nampaknya dua penerbit filem popular Malaysia ini sering bercanggah pendapat sekarang. Berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh penerbit dan pengarah Ahmad Idham yang menyalahkan FINAS diatas kejatuhan kutipan filem tempatan, nampaknya kini giliran David Teo pula bersuara untuk membidas kenyataan itu dan mempertahankan badan tersebut.

“Janganlah menuding jari kepada FINAS apabila filem tidak dapat sambutan. Saya harap produser atau pengarah dapat membetulkan diri. Saya meletakkan kesilapan pada produser itu sendiri sekiranya penonton tidak berminat menonton filem mereka, bukan salah FINAS, pawagam, penonton atau media. Strategi pemasaran tidak menjadi juga adalah sebabnya.

“Jangan jadi produser filem sekiranya tidak bersedia mengambil risiko mengalami kerugian. Sekiranya tidak mahu rugi, lebih baik simpan saja duit dalam simpanan tetap di bank atau beli bangunan tiga tingkat sebagai pelaburan. Setiap bulan boleh kutip kadar faedah dan keuntungan.” jelas David Teo.
Menurut David Teo lagi, sesebuah perniagaan pastinya mempunyai untung dan rugi. Setiap filem yang dihasilkan mestilah menepati selera rakyat Malaysia dan bukannya filem yang syok sendiri.

“Saya cukup kesal dengan kenyataan Idham. Sebelum ini dia ahli lembaga FINAS. Dulu, masa dia di FINAS dia tidak buat apa-apa cadangan untuk bantu filem. Dulu dia dapat duit berjuta-juta ringgit daripada rebat dan skim insentif FINAS tidak pula bising-bising. Saya harap Idham sedar diri!

“Kenyataan Idham yang mempertikai dan merendahkan FINAS, malah mencadangkan lebih baik FINAS ditutup saja kalau tidak mampu memikul amanah kerajaan adalah kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab. Idham boleh diumpamakan kacang lupakan kulit selepas mengaut keuntungan berjuta-juta. Sebagai bekas ahli lembaga FINAS, Idham seharusnya mempertahankan FINAS”, jelasnya lagi.

Kami harapkan masalah ini akan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Industri kita bukannya  besar, pusing-pusing orang yang sama...

Gempar Stacy Dikatakan Peluk Islam


KL, 23 OGOS 2013: Sebaik saja selesai solat Jumaat hari ini, Murai Batu didatangi satu berita tergempar yang melibatkan penyanyi lagu Kasanova iaitu Stacy. Dengarnya, juara Akademi Fantasia musim ke-6 ini telah pun memeluk agama Islam semalam dan bertukar nama kepada Nur Aisyah Rabiah.

Lebih mengejutkan lagi, Murai Batu difahamkan Stacy telah pun memeluk agama Islam kerana keakrabannya bersama penyanyi lagu Inilah Cinta, Akim. Tidak mahu percaya bulat-bulat gosip yang tersebar luas di internet itu, Murai Batu pun cubalah sendiri google dan membacanya di sebuah blog yang telah menulis tentang gosip berkenaan.

Selepas meneliti dan membaca penulisan itu, rupa-rupanya Stacy yang dimaksudkan itu bukanlah Stacy yang lahir daripada program AF6. Sebaliknya, Stacy yang dikatakan masuk Islam itu adalah Stacy yang nama sebenarnya ialah Stelly.

Huraian Seterusnya Layari : Murai.com.my



Hanez Suraya Bengang, Sebab Apa?


KL, 2 OGOS 2013: Kalau dah jadi artis, Murai Batu rasa tak sah kalau tiada yang membenci atau tidak berpuas hati dengan artis itu. Yelah lumrah manusiakan, tak semua yang suka kita dan tak semestinya kita boleh puaskan hati semua orang.

Itulah yang terjadi kepada pelakon jelita, Hanez Suraya baru-baru ini. Hanez dalam laman instagramnya Murai Batu lihat mendedahkan 8 akaun yang diwujudkan untuk membencinya dengan pelbagai nama.

Antara nama akaun yang diwujudkan untuk membencinya adalah seperti Hanezhaters, Hanezbenci, Hanezhaterzzzzzz, Hanezhanezhaters dan banyak lagi.

Hanez yang berkongsi gambar screencapture setiap akaun pembencinya it, nampaknya bengang betul dan telah menasihatkan sesiapa yang mewujudkan akaun tersebut su[aya berhenti membuat kerja-kerja sebegitu dan berbanyakan beramal.

Selanjutnya Murai.com.my


Seniwati Datin Umi Kalthum Sudah Kembali Ke Rahmatullah


KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2013: Hari ini tanggal 15 Ramadan bersamaan 24 Julai 2013, perginya seorang lagi seniwati jelita era filem hitam putih iaitu Datin Hajjah Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bte Bahudin pada usia 81 tahun di kediamannya di Taman Melawat pada kira kira jam 4 pagi ini.

Berita ini telah disampaikan oleh teman melalui status Facebooknya dan telah disahkan oleh rakan rakan media.

Allahyarhamah yang dilahirkan di Lenggeng, Negeri Sembilan merupakan balu kepada pengarah serta pelakon Allahyarham Datuk S Roomai Noor yang juga ibu dan bapa kepada bekas pelakon, penyanyi dan model ternama di era 80'an iaitu Noor Kumalasari. Datin Hajjah Umi Kalthum juga merupakan ibu tiri kepada diva popular Anita Sarawak.

Admin P/s: Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah Kepada Beliau, semoga rohnya dicucuri rahmat.

Selanjutnya: Murai.com.my

Shila Amzah Ditemani Trio Cantiknya



KUALA LUMPUR, 8 NOVEMBER 2012: Semalam merupakan detik istimewa buat penyanyi cantik Shila Amzah apabila dia telah memperkenalkan tiga lagi teman terbaru yang dapat meningkatkan kejelitaan raut wajahnya.

Tiga teman barunya itu adalah tiga produk terkini yang lahir daripada variasi Safi Balqis Perfect 10 yang dikatakan berupaya melengkapkan rejim kecantikannya.

Ucapkan selamat datang kepada Losyen Pelembap Kawalan Minyak Safi Balqis Perfect 10 SPF15, Gel Pengelupasan Safi Balqis Perfect 10 dan Krim BB SPF30 PA++

Ketiga-tiga variasi terbaru daripada SafiBalqis Perfect 10 itu telah diperkenalkan Shila Amzah yang juta duta bagi jenama berkenaan untuk tiga tahun berturut-turut dalam satu majlis penuh santai dan mesra di sebuah bangle mewah di Bangsar.

Pengurus Kumpulan Produk SAFI, Mahsuri Sulaiman berkata, tiga trio terbaru Safi Balqis Perfect 10 adalah definisi kesungguhan produk berkenaan dalam memberikan para gadis serta golongan wanita muda di negara ini.

"Ketiga-tiga produk yang ditawarkan mempunyai kekuatan fungsi dan formulasi tersendiri dalam memberikan raut wajah Cerah Sempurna idaman setiap gadis.

"Rangkaian Produk Safi Balqis Perfect 10 diperkaya dengan formulasi Nano Biowhite yang bertindak pantas di dalam sel kulit untuk mencerahkan wajah dalam masa 14 hari dan Nano Q10 yang mengekalkan keanjalan struktur kulit wajah," katanya.

Dipasarkan pada harga yang berpatutan, Safi Balqis Perfect 10 umpama sahabat baik yang sentiasa berada di sisi dan juga solusi kepada perihal kecantikan.

Losyen Pelembap Kawalan Minyak Safi Balqis Perfect 10 yang ringan serta tidak berminyak mampu mengawal penghasilan minyak berlebihan ketika melakukan aktiviti lasak, diperkaya dengan manfaat Nano Biowhite yang mencerahkan kulit.

Formulasi Gel Pengelupasan Safi Balqis Perfect 1membantu menghilangkan bintik-bintik hitam pada wajah dengan pantas tanpa rasa sakit sambil mengecilkan pori wajah serta menggalakan pertumbuhan sel kulit muka yang baru.

Tampil yakin dengan Krim BB SPF30 PA++ Safi Balqis Perfect 10 kerana ianya diperkaya dengan manfaat Vitamin E yang merawat dan melindungi sel kulit dari dalam dan merupakan krim pencerah wajah, serta menjadi asas kepada solekanmu.

By: Murai.com.my

Mencipta momen seram dalam Paku



KETIKA Harian Metro tiba di lokasi penggambaran filem Paku di Taman Cemerlang, Hulu Klang, baru-baru ini, kru dan pelakon sedang rancak merakamkan babak di pejabat yang membabitkan Johan As’ari, Diana Johor, Azad Jazmin, Datuk Aziz Singah, Pekin Ibrahim dan Diddy Hirdy.

Menariknya mengenai filem ini, walaupun untuk watak kecil, pihak produksi tetap mengambil artis popular untuk membawakannya kerana bagi produser dan juga pengarah Nusantara Seni Karya (NSK) sekecil mana pun watak itu, ia tetap akan memberi impak yang besar kepada penonton. Oleh itu, bagi menghasilkan filem yang bermutu, mereka tidak mahu berkompromi mengenai pemilihan pelakon. 
Misalnya, Diddy hanya muncul seketika saja, tetapi wataknya tetap dianggap penting.


Julung kali NSK menerbitkan filem mereka serius dalam berkarya. Filem pertama bukanlah sebagai percubaan, tetapi sebagai penanda aras untuk menerbitkan filem berkualiti dan filem ini banyak menggunakan kesan imej janaan berkomputer (CGI) untuk lebih meyakinkan penonton. 
Filem arahan P Ramesh bersandarkan kepada skrip yang dikarang oleh penulis skrip dari Indonesia, Alexander yang berpengalaman luas dalam menulis skrip cerita seram di negaranya. Untuk menyesuaikan skrip itu mengikut acuan dan budaya negara ini, skrip itu diolah semula oleh Shahriza Mahmud. 
Menurut Ramesh, cerita yang dicorakkan ideanya oleh Alexandar ini sangat menarik dan ia skrip terbaik yang pernah dihayatinya setakat ini. 

“Alexandar memang pakar dalam penulisan skrip dengan garapan yang kemas dan lengkap memudahkan saya mengarahkan filem ini. Apa yang saya perlu buat ialah terjemahkan dalam bentuk visual dan setiap watak menzahirkan emosi yang terkandung dalam jiwa masing-masing. 

“Dalam cerita ini banyak plot yang menarik. Walaupun ia adalah cerita seram, tetapi masih ada nilai kekeluargaan dan cinta agung suami dan isteri. Kita sedia tahu cerita Indonesia macam mana, oleh itu yang mana ada elemen asing dan sensitif terpaksa dibuang. 

“Namun ada adegan tertentu terpaksa juga diadakan untuk menghidupkan jalan cerita iaitu membabitkan babak di ranjang lakonan Johan dan pelakon baru, Aishah Alias serta Azad dan Diana. Untuk mengelakkan kontroversi dan menjaga sensitiviti masyarakat, saya tidaklah menggambarkannya secara nyata, tetapi lebih kepada mainan perlambangan saja. Masyarakat sendiri boleh faham apa yang tersirat atau tersurat. 

“Sebelum sampai ke Lembaga Penapisan Filem (LPF), kami mahu menapisnya sendiri dan saya berharap ia tidak menimbulkan masalah. Unsur seram dalam filem ini pun, saya tidak memaparkannya secara keterlaluan, tetapi saya beri sedikit saja. Seram bukan bererti makhluk aneh itu akan muncul setiap masa, tapi pada ketika tertentu saja,” katanya. 

Tambah Ramesh, perjalanan penggambaran filem ini berjalan lancar dan dijangka siap sebagaimana dirancang iaitu 18 hari. Mereka bekerja keras siang malam bagi mengejar jadual. 

“Penggambaran bermula tengah hari dan habis jam lima atau enam pagi kerana Paku banyak membabitkan penggambaran pada sebelah malam. Tiada masalah 
dengan pelakon kerana semuanya memberikan komitmen yang sangat baik. Saya 
mengambil Aishah berlakon kerana selain ada rupa dia ada semangat tinggi untuk belajar. 

“Watak Aishah dalam filem ini sangat mencabar kerana terpaksa memainkan peranan isteri yang sudah mati, tetapi ‘dihidupkan’ semula dengan bantuan bomoh kerana suaminya terlalu mengasihinya. 

“Aishah membuat adegan lasak sendiri dan dia menunjukkan kesungguhan dalam setiap lakonannya. Lakonan Johan pula tidak perlu dipertikaikan. Wataknya kali ini sangat berlainan dan sarat dengan emosi. Dia betul-betul memberi apa yang saya mahukan. Saya yakin Paku dapat memuaskan hati penonton kerana semua elemen seram ada di dalamnya. Ia dijangka memasuki pawagam tahun depan,” katanya. 

Ramesh, anak jati bumi bertuah menimba pengalaman luas mengarah filem seram di India. Selama 15 tahun menjadi pengarah di sana, dia sudah mengarahkan 12 filem dan satu drama. 

“Saya akan menggunakan pengalaman di India untuk mengarahkan filem di Malaysia. Pun begitu, saya tidak berminat mengarah drama kerana saya sudah biasa menerbitkan filem yang berskala besar,” katanya. 



INFO: 

Syarikat produksi - Nusantara Seni Karya (NSK) 
Produser - Shanker 
Eksekutif Produser - Devraj Nair 
Pengarah - P Ramessh 
Penolong pengarah 1 - Othman Basri (Man Kobena) 
Penolong pengarah 2 - Kamarul Azman Bin Ramli (Boy Kavalera) dan Muralee Tharan 
Pengurus penerbitan - Arie Zaharie 
Ko ordinator - Mat Jaafar bin Ahmad (Park) 
Penolong produksi - Nor Sofiatul Akmar Saufi (Along Nima) 
Penolong produksi - Mohd Azlan Mohd Nor (Azlan Zaharie) 
Penolong produksi - Salisa Salim (Lisa Kobena) 
Penolong produksi - Mohammad Afzanizam b Ayoup 
Pengarah seni - Zaidi Mohd Noor (Zaidi Rock) 
Penolong pengarah seni 1 - Helmi Lim b Sani Lim (Apek) 
Penolong pengarah seni 2 - Wan Ismaile Anis b Wan Mahmud 
Penolong pengarah seni 3 - Zai bin Hamzah 
Konti - Mohamad hidir bin Sani 
Clapper board - Radzmi bin Riko (Rico) 
Make up artis - Suzana Ismail 
Pembantu make up - Nurazreen 
Effect - Kit Hew Yoon Yin 
Pembantu effect - Abdul Mutalib b Md Noor (Wanda) 
Wardrobe - Desmond Wong Kit Mun 
Pembantu wardrobe 1 - Mohd Ibmi Ifral bin Jayadi (sha) 
Pembantu wardrobe 2 - Mohd Zarul bin Aiman (Zarul) 

Videographer dan photographer - Hakmal Rabah Mustapha Kamal, Mohd Hafizi Mohd Kodari, Hadzmir Haron 

Audio Department - Nurfitri Abd Rahman, Abu Hanifah Reduan@Redzuan, Nur Soffian Mohamad 

Stuntmen dan rigging - Kee Jiak Liang (Ronnie), Lee Boon Chuon, Kong Pau Soon, Chin Kok Chiu, Muhammad Aiman Abdullah 

Penolong pengarah photographi 1 - Din Sabah 
Penolong pengarah photographi 2 - Nor Hasbullah Rashhid b Mohammad 
Penolong pengarah photographi 3 - Indra Hisham b Azman 
Grip - Noor Rahim Abdul Hamid 
Best boy - Zainal Md Nayan (Uncle) 
Gaffer - Hazami Aliyas (Mie Conggo) 
Best boy lighting - Ruddy Armizal b Othman (Cik Boy) 
Spark - Hazizi Yais Razal (Bung Gigas) 
Loader - Sheikh Fadzly Sheikh Ahmad 
Penulis skrip - Shahriza Mahmud 
Runner 1 - Ahmad Rahizal Rahim 
Runner 2 - Md Johan Dihani Mohd Zaidi (John) 
Handy 1 - Mohd Aizol Mahammad (Joe Merong) 
Handy 2- Mohd Aliff Mahammad 

Pelakon - Aishah Alias, Johan As’ari, Pekin Ibrahim, Azad Jasmin, Diddy Hardi, Zaidi Omar, Wan Hanafisu, Kamal Adli, Jenny Cortez, Datuk Aziz Singah, Sidek Hussin, Maisara Shahira, Eliza Shadan, Baharuddin Hj Omar & Yus Raja Lawak 

Tayangan: 2013 By: Metro

Hantu Kapcai penyelamat

MEMANG seram sejuk melihat kaunter tiket panggung tempatan akhir-akhir ini. Ramai produser mengeluh filem Malaysia mula memasuki zaman gerhana kerana kutipan mula merudum termasuk pada musim raya. Apakah peminat sudah mulai jemu menonton filem Melayu? Nanti dulu. Mungkin tanggapan itu perlu dikaji semula. Hakikat ini kerana filem Melayu tidak terus merudum kerana tiba-tiba saja Hantu Kapcai muncul menjadi penawar kepada rasa cuak di hati karyawan filem.


Filem komedi seram yang mempertaruhkan Zizan Razak, Fizz Fairuz dan Remy Ishak sebagai pelaris ini terus mendapat sambutan memberangsangkan apabila berjaya membolosi kutipan hampir RM3 juta selepas tiga hari tayangannya. 

Angka itu terus meningkat dan terkini, pihak produksi memaklumkan bahawa kutipan filem sulung arahan Ghaz Abu Bakar ini sudah pun mencatatkan kutipan lebih banyak dan lebih menggembirakan apabila karya ini berjaya masuk ke minggu tayangan kedua.


Minggu ini makin ramai peminat berbaris di panggung wayang untuk berhibur dengan filem ini yang turut menampilkan Neelofa selain bakat baru Hairul Azreen yang dulunya bekas pelakon lagak ngeri.


Biarpun terpaksa bersaing dengan filem Hollywood seperti Looper, Hantu Kapcai masih berjaya menewaskannya apabila tersenarai di tangga pertama carta box-office filem yang ditayangkan dalam masa seminggu. 

Apa yang pasti, Hantu Kapcai berupa sebuah filem yang mudah diterima dan mampu mengukir senyuman sebaik melangkah keluar dari dewan tayangan. Mungkin cerita sebeginilah yang cukup diinginkan penonton kita. 

Nyata Hantu Kapcai juga ibarat penawar yang mengubati luka KRU Studios selepas kegagalan filem 29 Februari pada bulan lalu.

Mengutip kurang daripada RM500,000 di pawagam sedangkan kos pembikinannya jauh lebih mahal, teraju utamanya, Remy Ishak bagaimanapun tidak kecewa.

“Saya masih anggap 29 Februari sebagai filem yang hebat kerana ia sangat unik dari sudut pembikinan dan penceritaan. Memang ia gagal dari segi kutipan tiket dan kurang menerima sambutan, namun kita tidak sepatutnya mengatakan filem itu tidak berkualiti. Sebagai pelakon saya melihat 29 Februari mempunyai mesej yang tinggi. 

“Cuma aspek perniagaan jangka pendek ia dianggap gagal namun saya tidak sesekali kecewa sebaliknya tetap berbangga dan bersyukur kerana berpeluang melakonkan watak utama dalam filem itu. 29 Februari adalah filem yang mencatat sejarah tersendiri dalam industri perfileman tempatan,” katanya. 

Dalam Hantu Kapcai, Remy melakonkan watak antagonis iaitu sebagai Tiger. Dia bersyukur kerana doanya kali ini dimakbulkan apabila Hantu Kapcai berjaya mendapat kutipan pecah panggung yakni diterima dengan baik.

“Seperti mana pelakon, produser dan pengarah lain, mulanya saya memang risau melihat sambutan ke atas filem tempatan dan import pada ketika ini. 
Bagaimanapun, selepas saya dikhabarkan bahawa Hantu Kapcai sudah melepasi kutipan RM1 juta dan seterusnya panggung semakin sesak, saya pun sangat bersyukur dan sangat gembira.

“Sebagai pelakon, saya sudah memberikan yang terbaik namun segala-galanya terpulang kepada penerimaan penonton. Sudah pasti kalau ada yang mengkritik apatah lagi ia tidak mendapat sambutan, saya juga akan berkongsi rasa sedih. 
Namun untuk Hantu Kapcai yang mana percubaan pertama saya melakonkan watak jahat, saya bertuah kerana ia disukai penonton,” ujarnya lagi. 

Bagi bintang baru yang kacak, Hairul Azreen, dia terharu kerana langkah pertama dalam filem turut ditonton ramai penggemar filem Melayu. Kesannya dia juga mendapat tempias apabila lakonannya dapat dinilai penonton. 

“Peluang berlakon filem ini memang seronok namun seperti mana juga Remy, saya bimbang dan takut kalau-kalau penonton masih kurang datang ke pawagam. 
Bagaimanapun apabila diberitahu kutipan dan sambutan hangat diberikan, saya terus bersyukur kerana Hantu Kapcai menyuntik nafas baru kepada industri perfileman Malaysia.

“Inilah percubaan pertama saya di layar perak dengan watak penting dan sudah pasti Hantu Kapcai saya sifatkan sebagai permulaan yang sangat memberangsangkan buat kerjaya lakonan saya. Kalau ikutkan sudah lebih tiga tahun saya menceburi bidang ini. Rezeki dan kepercayaan yang diberikan oleh Showbiz Productions untuk saya membintangi filem ini sangat-sangat saya hargai.

“Mungkin inilah jawapan pada persoalan apa lagi yang diinginkan penonton kita. 
Sebuah karya ringan, komedi dengan suntikan seram yang dilakonkan pemain karektor terkenal seperti Zizan, Remy dan Fizz,” katanya.

Hantu Kapcai yang mengisahkan perjalanan seorang Mat Rempit, Ajib (Zizan Razak) yang terjebak dalam perlumbaan haram kerana kesempitan wang. Dalam perlumbaan itu, Ajib terpaksa berentap dengan musuh ketatnya, Tiger lakonan Remy Ishak. 
Namun dalam persaingan itu nyawanya terkorban.

Lalu Roh Ajib yang tidak tenteram mula berlegar dan secara kebetulan ia mampu dilihat seorang pemuda Ibrahim lakonan cemerlang Fizz Fairuz. Walaupun sukar untuk mempercayai apa yang dilihatnya, Ibrahim perlu mencari jalan untuk meyakinkan keluarga Ajib mengenai roh yang dilihatnya itu.

Ibrahim juga bertanggungjawab untuk memberikan semangat kepada adik Ajib iaitu Akim untuk menuntut bela atas kematian abangnya sekali gus menebus semula hutang Ajib.

Tambah Hairul yang mula dikenali sebagai pelakon ‘stunts’ dalam siri Bionik sebelum diberikan peranan dalam Ponti Anak Remaja dan Indera Joned, kali ini fokusnya lebih banyak kerana Hantu Kapcai adalah pertaruhan sulung di pawagam.

“Inilah peluang terbaik yang diberikan Ghaz kepada saya. Syukur juga Zizan, Fizz dan Remy sendiri banyak membantu dan tidak henti-henti memberikan tunjuk ajar. Maklumlah saya masih terlalu baru untuk beraksi di depan kamera filem dan mereka semua selalu pastikan saya tidak tersasar jauh baik dalam aspek lakonan.

“Alhamdulillah saya bersyukur dan berterima kasih dengan peluang ini dan insya-Allah saya akan lebih berusaha lagi untuk percaturan akan datang,” 
katanya yang akan muncul dalam filem Gila-Gila Remaja II dan Pak Pong tidak lama lagi. By: Metro

Izara Aishah: Dialah Teman Lelaki Saya...


KUALA LUMPUR, 27 SEPT 2012: Sudah beberapa kali gadis cantik ini dirisik untuk menceritakan mengenai hubungan cintanya setelah ada mata-mata yang dilaporkan seringkali menjumpai Izara bersama seorang jejaka seusianya.

Akhirnya ketika ditemui di pelancaran rekaan terbaru Cosry, Izara Aishah yang juga duta Purple Label Cosry telah bersedia membuka cerita sedikit tentang kisah peribadi hidupnya serta status dirinya yang sudah lama berpunya.

Tidak seperti sesetengah artis yang lebih gemar merahsiakan status, Izara memilih untuk tidak berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu. Manakala jejaka yang dikenalinya semenjak zaman sekolah itu sudah lama mengikat hati aktres muda ini. Hubungan mereka difahamkan telah terjalin selepas keduanya menamatkan zaman persekolahan.

Namun, apabila ditanya mengenai status teman lelakinya yang dikatakan anak VIP, Izara memilih untuk tidak komen mengenai hal tersebut.

"Siapa dia atau anak siapa itu tidak penting, cukuplah saya mengakui memang kini saya sudah berpunya. Jika ada yang terjumpa saya dengan seorang lelaki, itulah dia teman lelaki saya.

"Izara rasa lebih baik untuk Izara kongsi perkara ini kerana bagi Izara sebelum ada lagi gosip liar pasal Izara dengan mana-mana individu, ini mungkin dapat menjauhkan nama Izara daripada perkara sedemikian.

"Lagipun kalau nak rahsia pun, kami ada keluar bersama. Jadi sebelum menimbulkan sebarang fitnah lain lebih baik Izara cerita sekarang. Diharapkan selepas ini Izara tidak lagi dikaitkan dengan siapa-siapa lagi,"ujarnya yang sebelum ini sering dikaitkan dengan kerabat-kerabat dan VIP.

Apabila diajukan soalan tidakkah dia takut pendedahan ini akan menjejaskan popularitinya yang kini dilihat sedang berada di puncak. Aktres yang baru berusia 20 tahun ini menjelaskan lebih baik dia menjadi diri sendiri daripada seorang yang hipokrit.

"Bila orang kata Izara ini sopan santun, nampak baik macam dalam lakonan dan sebagainya. Itu bukan diri Izara, tetapi itu watak yang Izara bawakan

"Izara tidak mahu dilabel dengan imej yang terlalu baik dan sopan. Jika orang yang berada disekeliling yang mengenali Izara mereka tahu Izara orangnya bagaimana.

"Manalah tahu di masa hadapan kelak Izara ada buat kesilapan, peminat menghukum hanya sebab imej Izara yang dikatakan sopan. Bagi Izara kita semua manusia biasa, tidak dapat lari daripada kesilapan,"ujar selebriti yang terkenal dengan gayanya yang selamba dan sempoi ini.

By: Murai.com.my

Siti Nurhaliza: Ashraf Hanya Bergurau Pada Rozita Che Wan


KUALA LUMPUR, 28 SEPT 2012: Penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza Taruddin menjelaskan tindakan anak tirinya, Ashraf berjumpa dengan Rozita Che Wan dan bertanyakan soalan apakah benar pelakon seksi yang jelita itu akan mengahwini bapanya itu bukanlah sebagai sesuatu yang serius, sebaliknya ia hanyalah satu gurauan semata-mata.
"Saya dan suami (Dato Khalid Mohd Jiwa) baru sahaja mengetahui mengenai cerita ini. Saya ada bertanyakan pada Ashraf sendiri tentang pertanyaannya terhadap Rozita Che wan dan ternyata dia memberitahu ia hanyalah gurauan sahaja.
"Biasalah budak-budak memang suka bergurau. Jadi saya tidak ambil kisah dan tidak memandang perkara ini sebagai sesuatu yang serius," jelasnya kepada media di majlis makan malam santai di kediamannya yang terletak di Bukit Antarabangsa, malam semalam.
Dalam laporan sebuah media sebelum ini, Rozita Che Wan ada memberitahu dia telah disapa oleh seorang anak Dato Khalid atau Dato K yang bertanyakan sendiri adakah benar pelakon jelita tersebut akan mengahwini bapanya.
Sungguh pun begitu, Siti Nurhaliza memberitahu perkara itu tidaklah perlu diperbesar-besarkan.
"Saya rasa perkara begini tidak perlu pun hendak diperbesar-besarkan kerana ianya hanya kata-kata gurauan sahaja," luahnya lagi.
Ashraf merupakan anak ketiga hasil perkahwinan Dato K bersama bekas isterinya sebelum ini.
Dalam majlis makan malam di kediamannya itu, Siti Nurhaliza dan suaminya telah menjemput lebih kurang 50 orang tetamu yang terdiri daripada rakan-rakan media, pereka fesyen serta juru solek yang selama ini pernah bekerjasama dengannya. By: Murai.com.my

Shila Amzah: Tak Perlu Bandingkan Saya Dengan Hafiz


KUALA LUMPUR, 27 SEPTEMBER 2012: Meskipun sudah menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, namun kredibiliti penyanyi, Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah, 22, masih lagi dipertikaikan segelintir pihak yang berasakan bahawa juara Mania, Hafiz Suip sepatutnya layak ke sana dan seterusnya memenangi pertandingan berkenaan.

Begitupun, Shila Amzah yang dihubungi murai.com.my berkata, pertikaian tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana Shila memberitahu dia dan Hafiz mempunyai tahap pengalaman dan cara nyanyian yang berbeza.

"Bagus atau tidak bukan dinilai dari penjurian atau pengundian sahaja, bagi saya kemenangan saya ini adalah ketentuan dan rezeki daripadaNya. Malah saya rasa saya dan Hafiz tidak patut dibandingkan.

"Bagi saya kalau orang hendak bandingkan saya dengan seseorang itu, biarlah kami mempunyai persamaan. Malangnya saya dan Hafiz tidak mempunyai apa-apa persamaan pun dan hanya usia kami sahaja yang sama.

"Lainlah jika saya merupakan juara program realiti Akademi Fantasia sama dengannya, boleh juga dibandingkan. Saya dan dia punya tahap yang berbeza kerana saya sudah 12 tahun berada dalam industri, manakala dia hanya beberapa tahun dalam industri tetapi sudah mencipta kejayaannya tersendiri.

"Bukan sahaja dari segi pengalaman malah cara nyanyian dan jantina kami juga berbeza dan saya tidak rasa kami perlu dibandingkan kerana masing-masing punya keistimewaan tersendiri," katanya kepada murai.com.my

Shila yang baru sahaja pulang ke Malaysia pada 26 September lalu (semalam), telah membawa bersama trofi kemenangan dan wang dana yang masih belum dapat dipastikan jumlahnya.

Anak kepada peyanyi ND Lala ini berjaya mengharumkan nama negara dengan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang telah pun berlangsung di Shanghai, China pada 20 September lalu. By: Murai.com.my

Mengaku Tiada Orang Ketiga



IMPIAN untuk melihat mereka disatukan sudah hancur berkecai. Akhirnya pasangan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dengan sah mengumumkan bahawa mereka kini bukan lagi kekasih dan berpisah dengan rasminya sejak tiga bulan lalu.


Perkara ini disahkan sendiri oleh Remy dan Tiz kepada Harian Metro dalam dua situasi berasingan. Remy ditemui di Alamanda, Putrajaya, baru-baru ini sementara Tiz pula dihubungi malam kelmarin.



“Memang sudah tiga bulan kami berpisah secara rasminya. Sebab-sebabnya tidak usahlah saya ceritakan, tetapi kami bukan lagi pasangan kekasih. Sekarang biarlah kami hanya menjadi sahabat dan rakan seperjuangan dalam bidang lakonan,” kata Remy ringkas.



Manakala Tiz pula memberi kenyataan dalam akhbar ini kelmarin, apa yang Remy cakap itulah cerita sama.




BERPISAH...Tiz dan Remy gagal pertahankan cinta mereka.


“Apa yang Remy cakap itulah cerita sama saya boleh katakan. Kami tiada orang ketiga dan kenyataan Remy pun menyebut begitu. Saya cuma berharap semua pihak jangan menghakimi perkara ini dan menyalahkan sesiapa. Kami berpisah atas persetujuan bersama.



“Sebelum ini pun saya dihujani panggilan daripada pihak media yang mahukan komen sejak cerita ini keluar. Ia sedikit sebanyak mengganggu tumpuan saya untuk berlakon. 



“Disebabkan saya tengah shooting, kadangkala saya tak dapat menjawab panggilan daripada pihak media dan jangan pula ada yang menganggap saya mengelak daripada menjawab soal ini,” katanya. 



Tiz mula mencipta fenomena yang tersendiri selepas kejayaannya menghayati watak sebagai Nur Amina dalam drama Nur Kasih arahan Khabir Bhatia dan dari situlah perkenalan lebih rapat dengan Remy bermula. Kasih sayang yang dipupuk dalam drama itu sebagai pasangan suami isteri terus terbawa-bawa dalam sekuel cerita itu menerusi filem Nur Kasih The Movie.



Tiada halangan untuk mereka terus membajai kasih sayang yang tercetus sehingga lahirnya bibit cinta lantaran diri tiada siapa yang punya. Meneruskan kisah yang penuh tragis dalam Nur Kasih The Movie, mereka dilamun cinta sehingga setiap ada saja cerita cinta mereka dipaparkan dalam media massa dan elektronik. 



Adat orang menanggung rindu ke mana pergi mesti bersama. Saling bertukar senyuman dan bisikan adalah fenomena biasa kepada pasangan yang bercinta. Itu cerita bahagia Tiz dan Remy lebih setahun lalu sekarang segala yang manis sudah menjadi racun kepada diri masing-masing. 



Kala hati sudah tidak suka, kemesraan yang ada semakin kabur dan akhirnya berkubur. Pusara cinta yang sepi tanpa jalinan kasih dua hati. Sebelum ini sudah beberapa kali ada khabar angin bertiup kencang menyebarkan berita yang mereka tidak sehaluan lagi dan mereka terpaksa menafikannya dengan alasan lautan mana yang tidak bergelora dan bumi mana yang tidak ditimpa hujan. 



Kemuncak perbalahan mereka berdua apabila awal tahun ini Remy dimasukkan ke hospital kerana demam panas dan Tiz langsung tidak mengambil tahu perkembangan diri Remy yang ditahan di wad.



Semua orang tahu, Remy adalah lelaki yang tidak gemar menceritakan perihal peribadinya kepada umum lebih-lebih lagi menggunakan laman sosial untuk bercerita. Namun entah kenapa Remy secara tiba-tiba ‘berani’ meluahkan sesuatu di laman twitternya.



Sama ada Tiz ataupun Remy, mereka enggan terlalu memperbesarkan isu perselisihan faham antara kerana pada mereka ia adalah sebahagian daripada asam garam orang bercinta. 



Kata Tiz, dia rimas orang asyik memperkatakan soal cintanya dan bukan mengenai kerjanya yang secara tidak langsung mengganggu fokusnya pada karier seni.



Akui Tiz, bukan saja dia rimas, malah dia tidak larat untuk menjawab persoalan demi persoalan yang timbul mengenai hubungannya yang dikatakan sudah berakhir.



“Saya tidak tahu, kenapa kisah peribadi saya lebih mendapat tumpuan dan publisiti berbanding karier saya yang selama ini menjadi nadi kehidupan saya?



“Saya menerima banyak komen daripada peminat yang kurang selesa membaca kisah peribadi saya di dada akhbar dan internet. Mereka lebih suka melihat lakonan saya berbanding isu itu. Jadi, jangan sensasikan lagi kisah peribadi saya,” katanya.



Memetik kenyataannya lagi, tegas Tiz ketika bertemu dengannya pada pelancaran drama Dejavu di Kinabalu, dia tidak mahu komen apa-apa sebab dia jenis yang sukar untuk berkongsi kisah peribadi dengan sesiapa. 



“Mungkin 10 peratus saja mengenai diri saya yang orang luar tahu. Apapun jawapan saya, spekulasi akan tetap terjadi. Orang akan tetap berkata sama ada saya bercerita atau tidak. Bagi saya, lebih baik saya berdiam diri. Lagi pun ia perkara normal, boleh terjadi kepada sesiapa saja,” tambahnya.



Pada Mei lalu, Remy membuat pengakuan yang cintanya terhadap Tiz semakin mendalam. 



Ketika ditemui media pada majlis Malam Gala Tayangan Media Filem Jiwa Taiko di Cineleisure, e@Curve, Damansara tidak lama dulu, Remy mengakui hubungannya dengan Tiz semakin rapat walaupun sebelum ini ada yang khabar angin yang mengatakan hubungan mereka sudah putus.



“Tidak dinafikan, selepas pelbagai kontroversi yang berlaku, perasaan cinta saya terhadap dia semakin mendalam, malah hubungan kami berdua semakin okay,” katanya ketika itu.



Namun dia mengatakan belum ada perancangan lanjut mengenai hubungan cinta mereka kerana mereka mahu rileks dulu bagi memberi tumpuan terhadap karier seni masing-masing.



Baru-baru ini pula, dalam twitter, luahan rasa Remy bernada sumbang yang seolah-oleh mengesahkan tiada lagi cinta di hatinya. 



Antaranya, “The relationship was gone a long time ago, I haven’t been involved with anything and everything dan “The best way to end the relationship is to burn the bridge. Glad I did it. No turning back.”



Remy kemudiannya menulis yang semua orang patut bersyukur dengan pengalaman pahit yang Tuhan berikan, juga jangan sesekali menyesal dengan apa terjadi.



Kini dengan kenyataan Tiz, lenyaplah segala kesangsian di hati peminat yang secara jelas memberitahu dia kembali solo. Jika di layar lebar, Nur Amina menemui cinta sejatinya dengan Adam tetapi di alam nyata, cinta yang bersemi di layar perak itu gagal dipertahankan.


By: Harian Metro

Neelofa Akui Hans Issac Turut Bercuti di Thailand


KUALA LUMPUR, 26 SEPT 2012: Pelakon baru wanita, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor akui aktor kacak, Hans Issac turut bercuti di Thailand, namun dia menegaskan masing-masing berada di tempat yang berbeza dan tidak bertemu atau bersua sekalipun.


Malah kata Neelofa, Hans Issac sebenarnya bercuti di Koh Samui bersama dengan keluarga dan teman-temannya, malah dia pula bersantai di Phuket bersama-sama dengan rakannya sejak Ahad lalu.



"Saya ke Phuket bersama rakan-rakan untuk bercuti pada Ahad lalu, dan hanya berada dua hari sahaja di sana kerana saya pulang ke Malaysia pada Isnin lalu. Tak tahu pula bagaimana orang boleh membuat spekulasi saya bercuti bersama Hans Issac sedangkan dia sudah terlebih dahulu ke Thailand iaitu di Koh Samui sejak Khamis lalu. Malah, dia juga bercuti bersama bersama keluarga dan teman untuk bermain golf.



"Memang kami sama-sama di Thailand tetapi kami tidak pun berjumpa, apatah lagi bercuti bersama," katanya kepada murai.com.my selepas tayangan prebiu Hantu Kapcai, malam semalam.



Gosip Neelofa bercuti bersama Hans Issac timbul setelah dia sendiri menulis di akaun Twitter miliknya bahawa dia akan meninggalkan Malaysia iaitu berbunyi "On my way to the airport! Bye Malaysiaaaaaaa" sehingga mengakibatkan pihak lain membuat spekulasi yang tidak benar mengenai status tersebut dan secara kebetulan pula, Hans Isaac turut menulis tentang percutiannya di Thailand.



Neelofa yang kesal dengan tindakannya meluahkan rasa di Twittter itu turut mendakwa gambarnya sewaktu bercuti di Phuket telah disabotaj oleh pihak tertentu sehingga menimbulkan dakwaan yang tidak benar mengenai dirinya.



"Saya ingatkan, pergi bercuti boleh rehatkan badan dan tenangkan fikiran, tapi bila balik bercuti sebaliknya pula berlaku, malah semakin serabut pula dengan perkara-perkara yang tidak benar.



"Selain orang membuat spekulasi yang salah mengenai status saya, ada pula orang ambil gambar yang saya upload di Twitter dan mensabotaj gambar tersebut. Tapi apa pun, saya kena terima dan hadapi semua ini. Apa boleh saya buat, perkara dah pun berlaku," luahnya dengan nada kesal.



Sementara itu, mengenai perkembangan terbaru Neelofa, dia kini dipilih sebagai duta terbaru untuk tilam berjenama King Koil selain akan muncul degna filem terbaru Hantu Kapcai pada 27 September ini. 

Pasal Putus Cinta, Remy Ishak Tiada Niat Berselindung




KUALA LUMPUR, 26 SEPT 2012: Tidak mahu berselindung mengenai kisah cinta mereka yang sudah pun berakhir sejak 3 bulan yang lalu itu, aktor Remy Ishak mengakui dia sebenarnya mahu mencari masa yang sesuai untuk menjelaskan segalanya kepada pihak umum.

"Sebenarnya saya tiada niat hendak menyembunyikan mengenai status kami, tetapi saya akui perlu mencari yang sesuai untuk memberitahu kepada umum tentang kami dan inilah masanya.

"Lagipun saya mengambil keputusan untuk membuka mulut kerana, saya fikir sampai bila hendak berselindung, lambat laun orang akan tahu juga. Saya tak mahu nanti bila masing-masing sudah ada orang lain, peminat akan bercakap dan membuat spekulasi yang bukan-bukan," katanya kepada murai.com.my selepas tayangan preview Hantu Kapcai di Cathay Cineplex, malam semalam.

Remy Ishak yang sebelum ini telah pun mengesahkan tentang status perpisahan mereka, dikatakan turut meluahkan rasa kecewanya mengenai hak tersebut di akaun Twitter miliknya.

Pun begitu, Remy enggan membicarakan mengenai punca berkahirnya hubungan cinta mereka, sebaliknya memberitahu hubungannya bersama Tiz Zaqyah masih lagi baik, malah mereka cukup bersikap profesional kala menjayakan penggambaran drama bersiri Cinta Jangan Pergi.

"Alhamdulillah sekarang ini kehidupan saya semakin baik. Saya rasa sudah tak ada apa nak komen lagi berkaitan hubungan kami. Hubungan kami pun mungkin sampai di situ sahaja. Tetapi kami masih lagi berkawan seperti biasa dan bersikap profesional untuk penggambaran drama Cinta Jangan Pergi. Saya juga tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengannya selepas ini," luah Remy Ishak lagi.

Cinta Remy dan Tiz yang mula berputik selepas bersama-sama sejak menjayakan drama bersiri Nur Kasih itu hanya kekal lebih setahun yang lalu.

Dalam perkembangan terbaru Remy, dia bakal muncul dalam filem Hantu Kapcai bersama pelakon lain seperti Zizan Razak, Fizz Fairuz, Neelofa dan ramai lagi pada 27 September ini.
By: Murai.com.my

Tauke Kecewa Pasal Filem Arahannya Sofarz The Movie?


KL, 24 SEPT 2012: Semua sudah sedia maklum bahawa filem Sofarz The Movie yang bakal menemui penonton di pawagam pada 27 September ini dihasilkan dengan kerjasama 2 orang pengarah iaitu si Tauke Jambu dan Isma AF7 iaitu isteri kepada Zul 2by2 yang masih lagi hijau dalam bab-bab pengarahan ini.

Sungguhpun Murai Batu tidak berkesempatan menonton tayangan perdana yang diadakan baru-baru ini, Murai Batu ada terdengar cerita tidak puas hati mengenai filem ini yang mana ianya datang daripada pengarahnya sendiri.

Begitupun, perasaan tidak puas hati ini bukan datangnya daripada Isma tetapi Tauke yang semakin vazz selepas tamatnya program Super Spontan. Dengarnya, Tauke yang baru saja cerai kali ketiga ini sungguh kecewa kerana banyak babak menarik yang dihasilkannya di dalam filem tidak dapat digunakan.

Menurut pihak terdekat Tauke, ada babak besar yang dianggap sebagai killer filem ini tetapi tidak dapat diguna pakai atas sebab yang tertentu. Khabarnya ia berkaitan dengan masalaj audio.

Lebih mengecewakan, babak berkenaan ada menampilkan cameo beberapa pelakon yang dibayar mahal hanya semata-mata satu babak. Nampaknya, Murai Batu kenalah minta jasa baik editor murai.com.my untuk menyelami perasaan kecewa si Tauke ini.

Al-maklumlah, waktu tayangan Sofarz The Movie nanti sama tarikh dengan filem Hantu Kapcai lakonan Zizan dan Remy Ishak.

By: Murai.com.my