Showing posts with label panazz. Show all posts
Showing posts with label panazz. Show all posts

Caliph Buskers tidak hanyut.


Siapa masih ingat lagi kumpulan Caliph Buskers. Jika dulu, kumpulan pemuzik jalanan seperti orang kurang upaya ini (OKU), Caliph Buskers mungkin dipandang sebelah mata. Apabila berjaya melonjak dengan lagu Mojo- Romancinta di Pentas Anugerah Juara Lagu ke-29. Sekarang Caliph Buskers berada di puncak populariti.

Selain itu, kumpulan Caliph Buskers dibekalkan single Hanya Nama Mu ciptaan Edry Abdul Halim, nama Caliph Buskers telah melonjak di persada muzik tanah air dalam sekelip mata sahaja. Hanya Nama Mu turut layan bersaing di kemuncak AJL30 pada Januari yang lalu dan mereka pulang dengan tempat yang ketiga.

Mengenai perkembangan terbaru Caliph Buskers selepas kejayaan diraih tahun demi tahun, Azmi sewaktu ditemui baru-baru ini berkata, mereka sekarang dalam proses memilih lagu untuk diketengahkan sebagai single kedua.

“Setakat ini, kami sudah merakamkan tiga lagu semuanya ciptaan Edry. Bagaimanapun, lagu yang mana akan dipilih sebagai single kedua belum diputuskan lagi.

“Dalam keadaan pasaran muzik sekarang, kami cuba memahami cita rasa pendengar. Disebabkan itu, kami ada sedikit kesulitan dalam membuat keputusan.

“Sebenarnya, ketiga-tiga lagu dirakam itu memiliki melodi yang mantap dan lirik pun sedap didengar. Jadi, itu yang membuatkan kami sukar memilih,” katanya.

Nantikan Album kedua kumpulan Caliph Buskers.

Taman Tema Nickelodeon Pertama Asia.



Kiraan 3, 2, 1! sudah cukup mendebarkan. Dengan mata dipejam rapat kerana terlalu gementar, tanpa disedari tubuh sudah meluncur dengan kelajuan 60 kilometer sejam dalam tempoh tak sampai dua saat.

Jeritan yang dilaungkan sudah cukup menggambarkan ketakutan yang disulami keseronokan sehinggalah tubuh berhenti meluncur sebelum disambut dengan percikan air.
Menambahkan lagi keseronokan, meluncur di dalam gelung menuruni bukit dan selekoh yang tidak tahu di mana penghujungnya membuatkan diri makin sukar untuk menggambarkan apa yang dirasai ketika itu.

Itulah yang bakal anda rasai saat mencuba sendiri Monsoon 360 dan Cobra Creek, antara aktiviti mengujakan di Nickelodeon Lost Lagoon, satu lagi taman tema kreatif di Sunway Lagoon.
Menjadi taman tema Nickelodeon pertama di Asia, Nickelodeon Lost Lagoon hasil kerjasama strategik dengan Viacom International Media Networks Asia.

Berada di tengah-tengah kawasan hutan hujan yang subur seluas 4.047 hektar, Neckelodeon Lost Lagoon menawarkan lebih 12 permainan dan tarikan untuk semua peringkat umur.
Persis berada di kawasan yang cukup jauh dari kesibukan kota, tapak Neckelodeon Lost Lagoon bagaikan tersembunyi di Sunway Lagoon.

Musim cuti boleh sama-sama kita pergi. Apa lagi tunggu.

Tarikan lukisan 3D.

Lukisan dipamerkan sememangya ‘melekat’ di dinding, tetapi apabila dirakam dengan lensa kamera, ia seperti ‘hidup’ dan pelbagai perasaan bermain di minda saat anda memikirkan keunikan imej berkenaan.

Ia membuatkan pengunjung seolah-olah berada dalam situasi dan lokasi sebenar saat merakamkan kenangan bersama lukisan berkenaan.

Itulah keistimewaan seni lukisan tiga dimensi (3D) yang makin mendapat sambutan menggalakkan walau di mana sahaja ia dipamerkan terutama di kawasan tumpuan pelancong.
Situasi sama turut dirasai penduduk pekan Sungai Lembing dekat Kuantan, Pahang apabila Sg Lembing Three Dee Gallery (Galeri 3D) mula dibuka kepada orang ramai mulai November tahun lalu.



Penulis yang pertama kali berkunjung ke galeri berkenaan turut teruja apabila dapat merakam detik manis bersama figura seni mempertahankan diri terkenal dunia, mendiang aktor Bruce Lee dan potret Monalisa di Mr Bean.

Bukan mudah untuk bergambar dengan kedua-duanya biarpun hanya dalam bentuk 3D.
Selain itu, galeri yang mempamerkan 30 lukisan 3D bersaiz besar itu turut mengetengahkan beberapa produk pelancongan dan suasana kehidupan penduduk di pekan berkenaan serta imej yang mempunyai ‘hubungan mesra’ dengan masyarakat.

Pengurus galeri berkenaan Thomas Lee berkata, idea mewujudkan galeri lukisan 3D itu tercetus apabila melihat kebangkitan semula Sungai Lembing sebagai destinasi pelancongan selepas mengalami zaman gelap dengan berakhirnya aktiviti pelombongan bijih timah pada pertengahan 1980-an.

Burger klasik dari California di Malaysia

Anda mencari juadah mengisi perut tidaklah sukar kerana pelbagai jenama boleh kita dapati, tapi di Caliburger menawarkan produk berkualiti premium pada harga mampu.

Makanan yang berasal dari California, Amerika Syarikat iaitu Caliburger dibawa  masuk ke Malaysia sebagai pilihan variasi makanan segera barat di negara ini. Kesegaran adalah satu faktor utama untuk menjamin kelazatan hidangan disediakan apabila menawarkan gumpalan isi daging lembu 100 peratus, manakala daging ayam pula menggunakan bahagian dada sepenuhnya isi.


Menu ditawarkan seperti Cali Double dengan dua keping gumpalan daging, keju cair Amerika, potongan tomato merah dan hirisan salad. Chipotle BBQ Chicken Sandwich pula memiliki keunikan rasa tersendiri apabila dada ayam diadun secara unik diperap bersama herba dan lemon sebelum diapit tomato, hirisan daging, bawang mentah, jeruk serta sos panggang.

Kami pihak Gemparfm rasa macam nak cuba jom kita cuba sama-sama.

Ustaz Kazim kian pulih


Kota Bharu: Ustaz Datuk Mohamad Kazim Elias yang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), kini beransur pulih. Juru cakap (HUSM) berkata keadaan Ustaz semakin stabil di wad separa kritikal (CCU). 

"Beliau perlulah berehat dengan secukupnya bagi memulihkan kembali kesihatannya. Serta diharapkan orang ramai yang mahu melawatnya perlulah juga memberinya masa dan ruang kepada beliau untuk berehat".

Ustaz Datuk Kazim Elias memohon maaf kepada pengunjung di Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Jajahan Bachok, Gunong

Hanez Memberi Penjelasan Isu Rampas Suami Orang

                                      



Petaling Jaya: “Semua fakta dijelaskan, saya tuntut dia minta maaf secara terbuka atas tuduhan dilemparkan.”

Demikian permintaan pelakon Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, atau Hanez terhadap wanita dikenali sebagai Nurliyana Abdul Manan, 29, yang membuat kenyataan mendakwa artis itu merampas suaminya. 

Nurliyana yang kini dalam proses perceraian dengan suaminya, Romie Razin Adilha, 34, sebelum ini mengeluarkan kenyataan mendakwa Hanez menjadi penyebab keretakan rumah tangga mereka.

Hanez berkata, kenyataan Nurliyana yang dia menjalin hubungan dengan Romie sejak lapan bulan lalu juga satu fitnah.



Wan Nor Azlin saman ayah


Selepas menyepi seketika dari industri hiburan, Wan Nor Azlin kini kembali menjadi buah mulut peminat dunia hiburan apabila dia menfailkan saman dan meminta mahkamah untuk memenjarakan ayah kandungnya, Wan Mohd Husain.

Banyak pihak yang menuding jari serta memberi gelaran kepada Azlin sebagai anak derhaka. Namun Azlin berpendapat yang dia enggan mempedulikan kata-kata orang luar, sebaliknya memperjuangkan haknya mengambil tindakan tersebut.

“Saya tidak kisah apa orang nak cakap kerana ianya tidak menjadi kudis kepada saya. Namun saya terkilan kerana maruah keluarga yang tercalar kerana perkara ini,” kata Azlin ketika ditemui di majlis pelancaran drama bersiri 'Mencintaimu' di Multimedia College, Kuala Lumpur, baru –baru ini. 

Azlin berpendapat dia perlu membuka mulut kerana perkara ini telah menjadi kes mahkamah dan mendapat liputan pihak media. Malah bagi Azlin, ayahnya yang terlebih dahulu memfailkan saman terhadapnya kerana enggan keluar dari rumah tersebut.

“Ayah saya telah berubah menjadi orang yang bukan lagi saya kenali sejak berkahwin, malah tanpa alasan kukuh dia sanggup memotong bekalan air dan elektrik. Namun saya di sini ingin menjelaskan yang saya sama sekali tidak mencederakan ayah saya,” tegas Azlin.

Azlin berkongsi persengketaannya dengan ayah kandungnya itu mendapat sokongan daripada adik-beradiknya yang lain. Ini kerana mereka turut bersimpati dengan Azlin yang bersusah payah membesarkan tiga orang anaknya dan dibebani dengan konflik keluarga ini. 

Mengakui sumber rezekinya turut terjejas, dramatis terkenal ini tidak ingin berputus asa dan tetap mahu meneruskan kerjayanya sebagai seorang anak seni. Bagi Azlin berlakon merupakan sumber pendapatan utamanya kerana itu sahajalah bakat yang ada padanya. 

Dia berharap agar orang ramai tidak mengeruhkan lagi konflik antara dia dan ayahnya. Azlin yang kini sedang menetap di rumah sewa bersama anak-anaknya ingin memulakan hidup baru dengan wang yang dituntutnya.

Chad Hot FM bertunang dengan ahli kumpulan Klangit

Penyampai radio Hot FM, Chad atau nama sebenarnya, Nur Shazrena Abd Rahim pernah dikatakan bercinta dengan gitaris kumpulan Klangit, Haris.

“Alhamdulillah, saya sebenarnya telah melangsungkan pertunangan bersama Haris pada tanggal 18 Ogos yang lalu. Pertunangan berlangsung dekat kediaman saya di Telok Mas, Melaka. Insya Allah, kami merancang untuk bertunang selama setahun sebelum kami berdua bersedia untuk menempuhi gerbang perkahwinan,” jelas Chad.

Ketika ditanya mengenai saat-saat perkenalannya bersama Haris, Chad menceritakan yang dia mengenali Haris pada tahun lalu. 

“Kami berkenalan semenjak tahun lepas, dalam bulan September. Selepas tiga bulan berkenalan, kami serius menjalinkan hubungan cinta. Dua bulan yang lalu, baru kami mengambil keputusan untuk melangsungkan pertunangan,” ujar penyampai segmen Hot FM Zon di Hot FM ini.

Sumber:Gua.com.my

David Teo mengumpamakan Ahmad Idham seperti kacang lupakan kulit

Nampaknya dua penerbit filem popular Malaysia ini sering bercanggah pendapat sekarang. Berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh penerbit dan pengarah Ahmad Idham yang menyalahkan FINAS diatas kejatuhan kutipan filem tempatan, nampaknya kini giliran David Teo pula bersuara untuk membidas kenyataan itu dan mempertahankan badan tersebut.

“Janganlah menuding jari kepada FINAS apabila filem tidak dapat sambutan. Saya harap produser atau pengarah dapat membetulkan diri. Saya meletakkan kesilapan pada produser itu sendiri sekiranya penonton tidak berminat menonton filem mereka, bukan salah FINAS, pawagam, penonton atau media. Strategi pemasaran tidak menjadi juga adalah sebabnya.

“Jangan jadi produser filem sekiranya tidak bersedia mengambil risiko mengalami kerugian. Sekiranya tidak mahu rugi, lebih baik simpan saja duit dalam simpanan tetap di bank atau beli bangunan tiga tingkat sebagai pelaburan. Setiap bulan boleh kutip kadar faedah dan keuntungan.” jelas David Teo.
Menurut David Teo lagi, sesebuah perniagaan pastinya mempunyai untung dan rugi. Setiap filem yang dihasilkan mestilah menepati selera rakyat Malaysia dan bukannya filem yang syok sendiri.

“Saya cukup kesal dengan kenyataan Idham. Sebelum ini dia ahli lembaga FINAS. Dulu, masa dia di FINAS dia tidak buat apa-apa cadangan untuk bantu filem. Dulu dia dapat duit berjuta-juta ringgit daripada rebat dan skim insentif FINAS tidak pula bising-bising. Saya harap Idham sedar diri!

“Kenyataan Idham yang mempertikai dan merendahkan FINAS, malah mencadangkan lebih baik FINAS ditutup saja kalau tidak mampu memikul amanah kerajaan adalah kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab. Idham boleh diumpamakan kacang lupakan kulit selepas mengaut keuntungan berjuta-juta. Sebagai bekas ahli lembaga FINAS, Idham seharusnya mempertahankan FINAS”, jelasnya lagi.

Kami harapkan masalah ini akan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Industri kita bukannya  besar, pusing-pusing orang yang sama...

Gempar Stacy Dikatakan Peluk Islam


KL, 23 OGOS 2013: Sebaik saja selesai solat Jumaat hari ini, Murai Batu didatangi satu berita tergempar yang melibatkan penyanyi lagu Kasanova iaitu Stacy. Dengarnya, juara Akademi Fantasia musim ke-6 ini telah pun memeluk agama Islam semalam dan bertukar nama kepada Nur Aisyah Rabiah.

Lebih mengejutkan lagi, Murai Batu difahamkan Stacy telah pun memeluk agama Islam kerana keakrabannya bersama penyanyi lagu Inilah Cinta, Akim. Tidak mahu percaya bulat-bulat gosip yang tersebar luas di internet itu, Murai Batu pun cubalah sendiri google dan membacanya di sebuah blog yang telah menulis tentang gosip berkenaan.

Selepas meneliti dan membaca penulisan itu, rupa-rupanya Stacy yang dimaksudkan itu bukanlah Stacy yang lahir daripada program AF6. Sebaliknya, Stacy yang dikatakan masuk Islam itu adalah Stacy yang nama sebenarnya ialah Stelly.

Huraian Seterusnya Layari : Murai.com.my



Hanez Suraya Bengang, Sebab Apa?


KL, 2 OGOS 2013: Kalau dah jadi artis, Murai Batu rasa tak sah kalau tiada yang membenci atau tidak berpuas hati dengan artis itu. Yelah lumrah manusiakan, tak semua yang suka kita dan tak semestinya kita boleh puaskan hati semua orang.

Itulah yang terjadi kepada pelakon jelita, Hanez Suraya baru-baru ini. Hanez dalam laman instagramnya Murai Batu lihat mendedahkan 8 akaun yang diwujudkan untuk membencinya dengan pelbagai nama.

Antara nama akaun yang diwujudkan untuk membencinya adalah seperti Hanezhaters, Hanezbenci, Hanezhaterzzzzzz, Hanezhanezhaters dan banyak lagi.

Hanez yang berkongsi gambar screencapture setiap akaun pembencinya it, nampaknya bengang betul dan telah menasihatkan sesiapa yang mewujudkan akaun tersebut su[aya berhenti membuat kerja-kerja sebegitu dan berbanyakan beramal.

Selanjutnya Murai.com.my


Seniwati Datin Umi Kalthum Sudah Kembali Ke Rahmatullah


KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2013: Hari ini tanggal 15 Ramadan bersamaan 24 Julai 2013, perginya seorang lagi seniwati jelita era filem hitam putih iaitu Datin Hajjah Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bte Bahudin pada usia 81 tahun di kediamannya di Taman Melawat pada kira kira jam 4 pagi ini.

Berita ini telah disampaikan oleh teman melalui status Facebooknya dan telah disahkan oleh rakan rakan media.

Allahyarhamah yang dilahirkan di Lenggeng, Negeri Sembilan merupakan balu kepada pengarah serta pelakon Allahyarham Datuk S Roomai Noor yang juga ibu dan bapa kepada bekas pelakon, penyanyi dan model ternama di era 80'an iaitu Noor Kumalasari. Datin Hajjah Umi Kalthum juga merupakan ibu tiri kepada diva popular Anita Sarawak.

Admin P/s: Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah Kepada Beliau, semoga rohnya dicucuri rahmat.

Selanjutnya: Murai.com.my

Adira Kini Bercinta Dengan Orang Kuat Khairy Jamaludin


Kuala Lumpur, 11 JULAI 2013: Selepas Murai Batu siarkan artikel mengenai Adira dan pasangan yang kononnya pergi menempah baju kahwin dengan pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail, terus-terang Murai Batu terus tak boleh duduk diam selagi tak dapat tahu siapa jejaka yang bersama Adira itu.

Yelah, bukan Murai Batu sahaja, tetapi ramai juga berminat serta ingin tahu siapa gerangan lelaki yang dikenali sebagai @shahrul_jr di laman Instagram itu kan? Tambahan pula, wajahnya bukanlah familiar pun dalam industri hiburan tanah air.

Tapi, Murai Batu bernasib baik kerana turut berkawan dengan orang yang bukan di kalangan industri hiburan. Sebabnya, dari situlah, Murai Batu dapat tahu bahawa Adira sekarang ini memang sedang bercinta dengan jejaka itu yang Murai Batu rasa agak tampan juga.

Wah nampaknya, cepat juga Adira dapat pengganti selepas putus cinta dengan Aliff Azizkan? Tapi baguslah, takde lah Adira rasa frust sebab lama sangat putus cintakan?

Selepas Murai Batu dapat tahu jejaka itu kekasih Adira, Murai Batu pn apa lagi, cubalah buat siasatan sendiri dan mula stalked laman Instrgaram miliknya. Bila diimbas semua foto-fotonya, Murai Batu dapat simpulkan yang dia ni seperti orang kuat politik. Yelah, banyak juga dia bergambar dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta tak ketinggalan bersama Perdana Menteri kita iaitu Dato' Sri Najib Tun Razak.

Mana taknya, daripada info Instagramnya, Murai Batu dapat tahu, dia rupanya adalah Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia. Oh no wonderlah ada banyak gambarnya dengan Khairy Jamauliddin atau glamor dengan nama KJ. Anak buah KJ lah dia rupanyakan?

Siasat punya siasat lagi, kekasih Adira ini yang nama sebenarnya adalah Shahrul Nasrun Kamarudin itu Murai Batu dapat tahu merupakan anak Dato dan berasal daripada Kelantan uols....

Atikel By: Murai.com.my

Misha Omar akan bernikah Februari 2014

Selepas ditangguhkan September lalu, penyanyi, Misha Omar, semalam meleraikan tanda tanya ramai apabila mengumumkan bakal berkahwin dengan Firos Ezzwan Rossly, 31, Februari tahun depan. 

Bagaimanapun, tarikh sebenar majlis akad nikah di negeri kelahirannya, Kota Bahru, Kelantan, yang disusuli kenduri kesyukuran hanya dapat diputuskan selepas Aidilfitri. 

Misha atau nama sebenarnya, Samihah@ Aisha Omar, 31, mengakui lega selepas dapat berkongsi tarikh hari bersejarah mereka selepas pelbagai cerita negatif disebarkan pihak tertentu sebaik tertunda dua kali berikutan pertembungan jadual kerjaya. 


“Bukan niat kami mahu berahsia atau menangguhkan perkara baik. Sejujurnya, pada usia ini, saya sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri. Cuma, saya perlu faham situasi dan tuntutan tugas bakal suami apabila tahun lalu dia mengambil peperiksaan lesen juruterbang kanan mengendalikan pesawat Airbus A330. 

“Apabila jadualnya kembali longgar, saya pula sudah mempersetujui komitmen lain. Kini, kami sepakat memilih Februari 2014 kerana bulan itu amat istimewa. Februari ialah bulan kami bertunang,” katanya selepas majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta pengeluar cat jenama tempatan, Colourland Paints. 

Kecoh-Kecoh Orang Bunian Masuk Rumah Mawi

KUALA LUMPUR, 11 APRIL 2013: Rumah bekas juara Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3) dan pemenang gelaran Bintang Paling Popular sebanyak tiga kali, Mawi telah dipecah masuk oleh seorang buruh binaan dengan alasan ternampak orang bunian di kediaman penyanyi itu, kelmarin.

Laporan akhbar Harian Metro hari ini melaporkan, Mawi yang ketika itu berada di Sarawak telah dimaklumkan oleh keluarganya semalam ketika pulang berhubung kejadian itu.

"Kami sekeluarga trauma dengan kejadian itu dan terkejut apabila lelaki berkenaan memberitahu terpaksa memecahkan rumah kami selepas ternampak sepasang orang bunian.

"Saya tidak tahu dakwaannya itu benar ataupun tidak dan berserah sepenuhnya kepada Allah," kata penyanyi, Asmawi Ani, 32, atau Mawi menceritakan semula kejadian pelik di rumahnya, dekat Bangi Golf Resort, jam 2.30 petang Selasa.

Berdasarkan cerita oleh nenek, ibu mentua dan adik iparnya yang melalui detik-detik cemas bersama anaknya, Cahaya Malaika berusia setahun,

Mawi berkata sebelum kejadian, buruh berusia 40 tahun itu yang bekerja di tapak binaan berhampiran rumahnya sedang berehat seketika untuk makan tengahari.

Secara tiba-tiba lelaki itu menjerit seolah-olah ternampak sesuatu sedang menuju ke rumahnya.

Lelaki itu kemudian bertindak seperti dirasuk dan hilang pertimbangan sebelum memanjat pagar rumahnya seperti mengejar sesuatu.

Usaha lelaki itu bagaimanapun gagal kerana pagar rumahnya tinggi dan lelaki itu lantas meraung dan menjerit sekuat hati sehingga didengari penduduk serta polis bantuan yang berhampiran.

Pada saat itu juga lelaki itu sempat membaling batu ke rumah Mawi sehingga menyebabkan kerosakkan teruk pada pintu, tingkap dan dinding rumahnya.

Mawi memaklumkan akibat kejadian itu, dia telah menanggung kerugian lebih RM20,000.

Dia juga menambah, polis bantuan telah datang mencekup lelaki itu sekitar jam 2.40 petang dan keluarganya ketika kejadian telah bersembunyi di sebuah bilik akibat ketakutan.

Selepas kejadian, isteri Mawi yang baru pulang dari ibu kota atas urusan kerja telah membuat laporan polis di Balai Polis Bangi sekitar jam 5.30 petang.

Mawi bagaimanapun bersyukur kerana anggota keluarganya selamat manakala hasil kerugian akan ditanggung oleh majikan buruh tersebut. 

Aliff Aziz kecewa dengan Anne Ngasri

Episod cinta antara Aliff Aziz dan Anne Ngasri sudah pun berakhir, tetapi liputan media mengenai bekas pasangan kekasih ini nampaknya belum lagi surut.

Seperti yang diketahui, aktres tempatan ini sudah sah bergelar tunang kepada Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno berusia 40 tahun, Mohd Sumali Reduan dan nyata berita tersebut mengejutkan banyak pihak terutama sekali penyanyi kelahiran Singapura ini.

Aliff mengakui bahawa dirinya terluka apabila mengetahui bekas teman wanitanya itu mengikat tali pertunangan dan bakal diijabkabulkan pada 22 Disember depan.

Malah apa yang lebih memilukan, bekas pasangan kekasih ini pernah merancang untuk bernikah pada hujung tahun ini ketika masih bersama.

 "Memang perancangan itu menjadi, namun sayangnya, lelaki yang dipilih oleh Anne bukanlah saya tetapi orang lain.

"Sebelum ini Anne pernah berkata bahawa saya adalah cinta terakhirnya dan jika tiada jodoh di antara kami, dia akan berkahwin dengan sesiapa sahaja mengikut pilihan keluarganya," ujar penyanyi berusia 21 tahun ini.

"Saya sangat mencintainya. Oleh itu apabila hubungan kami tidak menjadi, ia benar-benar membuatkan hati saya terluka. 

"Sepanjang sebulan lebih saya berehat kerana masalah kesihatan dan pada masa yang sama, saya juga cuba menyembuhkan hati saya ini. 

"Tiada siapa yang boleh mengubatnya kecuali Allah. Saya memohon agar kesakitan yang saya lalui dapat dikurangkan dan berdoa untuk kebahagiaan Anne. Dia cukup sempurna di mata saya," kata Aliff ketika ditemui di sidang media majlis pengumuman Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) di Holiday Villa, Subang Jaya baru-baru ini.

Maya Karin-Anugerah satu bonus

Filem Ombak Rindu yang pernah menjadi satu fenomena dalam industri hiburan tanah air telah memberi sinar kejayaan buat pelakon cantik Maya Karin apabila dia dianugerahkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2012, baru-baru ini.

Kata Maya, dia tidak menjangkakan kemenangan ini kerana baginya filem Songlap telah memberi saingan yang hebat.

"Saya tak percaya dengan ramalan.  Setiap kali ada majlis penganugerahan, mesti ada saja kejutan", kata Maya.

Tambah Maya yang baru pertama kali hadir menerima anugerah, kejayaannya pada malam itu adalah bonus bagi segala penat lelahnya.

"Anugerah ini hanyalah bonus untuk saya. Tapi semangat utama saya adalah penonton. Penonton gembira menonton filem saya, saya dah gembira. Apablia menang anugerah ini, saya bertambah gembira", tambahnya.

Maya yang akan muncul dengan filem romantik komedi menyatakan dia sudah penat melakonkan filem-filem berat.

"Saya teruja untuk memulakan penggambaran bagi filem romantik komedi ini. Akhir-akhir ini, saya banyak melakonkan filem-filem berat seperti Ombak Rindu, Lagenda Budak Setan 2 & 3, dan Jwanita. Saya ingin melakukan sesuatu yang ringan dan seronok", kata Maya.

Shila Amzah Ditemani Trio Cantiknya



KUALA LUMPUR, 8 NOVEMBER 2012: Semalam merupakan detik istimewa buat penyanyi cantik Shila Amzah apabila dia telah memperkenalkan tiga lagi teman terbaru yang dapat meningkatkan kejelitaan raut wajahnya.

Tiga teman barunya itu adalah tiga produk terkini yang lahir daripada variasi Safi Balqis Perfect 10 yang dikatakan berupaya melengkapkan rejim kecantikannya.

Ucapkan selamat datang kepada Losyen Pelembap Kawalan Minyak Safi Balqis Perfect 10 SPF15, Gel Pengelupasan Safi Balqis Perfect 10 dan Krim BB SPF30 PA++

Ketiga-tiga variasi terbaru daripada SafiBalqis Perfect 10 itu telah diperkenalkan Shila Amzah yang juta duta bagi jenama berkenaan untuk tiga tahun berturut-turut dalam satu majlis penuh santai dan mesra di sebuah bangle mewah di Bangsar.

Pengurus Kumpulan Produk SAFI, Mahsuri Sulaiman berkata, tiga trio terbaru Safi Balqis Perfect 10 adalah definisi kesungguhan produk berkenaan dalam memberikan para gadis serta golongan wanita muda di negara ini.

"Ketiga-tiga produk yang ditawarkan mempunyai kekuatan fungsi dan formulasi tersendiri dalam memberikan raut wajah Cerah Sempurna idaman setiap gadis.

"Rangkaian Produk Safi Balqis Perfect 10 diperkaya dengan formulasi Nano Biowhite yang bertindak pantas di dalam sel kulit untuk mencerahkan wajah dalam masa 14 hari dan Nano Q10 yang mengekalkan keanjalan struktur kulit wajah," katanya.

Dipasarkan pada harga yang berpatutan, Safi Balqis Perfect 10 umpama sahabat baik yang sentiasa berada di sisi dan juga solusi kepada perihal kecantikan.

Losyen Pelembap Kawalan Minyak Safi Balqis Perfect 10 yang ringan serta tidak berminyak mampu mengawal penghasilan minyak berlebihan ketika melakukan aktiviti lasak, diperkaya dengan manfaat Nano Biowhite yang mencerahkan kulit.

Formulasi Gel Pengelupasan Safi Balqis Perfect 1membantu menghilangkan bintik-bintik hitam pada wajah dengan pantas tanpa rasa sakit sambil mengecilkan pori wajah serta menggalakan pertumbuhan sel kulit muka yang baru.

Tampil yakin dengan Krim BB SPF30 PA++ Safi Balqis Perfect 10 kerana ianya diperkaya dengan manfaat Vitamin E yang merawat dan melindungi sel kulit dari dalam dan merupakan krim pencerah wajah, serta menjadi asas kepada solekanmu.

By: Murai.com.my

Mencipta momen seram dalam Paku



KETIKA Harian Metro tiba di lokasi penggambaran filem Paku di Taman Cemerlang, Hulu Klang, baru-baru ini, kru dan pelakon sedang rancak merakamkan babak di pejabat yang membabitkan Johan As’ari, Diana Johor, Azad Jazmin, Datuk Aziz Singah, Pekin Ibrahim dan Diddy Hirdy.

Menariknya mengenai filem ini, walaupun untuk watak kecil, pihak produksi tetap mengambil artis popular untuk membawakannya kerana bagi produser dan juga pengarah Nusantara Seni Karya (NSK) sekecil mana pun watak itu, ia tetap akan memberi impak yang besar kepada penonton. Oleh itu, bagi menghasilkan filem yang bermutu, mereka tidak mahu berkompromi mengenai pemilihan pelakon. 
Misalnya, Diddy hanya muncul seketika saja, tetapi wataknya tetap dianggap penting.


Julung kali NSK menerbitkan filem mereka serius dalam berkarya. Filem pertama bukanlah sebagai percubaan, tetapi sebagai penanda aras untuk menerbitkan filem berkualiti dan filem ini banyak menggunakan kesan imej janaan berkomputer (CGI) untuk lebih meyakinkan penonton. 
Filem arahan P Ramesh bersandarkan kepada skrip yang dikarang oleh penulis skrip dari Indonesia, Alexander yang berpengalaman luas dalam menulis skrip cerita seram di negaranya. Untuk menyesuaikan skrip itu mengikut acuan dan budaya negara ini, skrip itu diolah semula oleh Shahriza Mahmud. 
Menurut Ramesh, cerita yang dicorakkan ideanya oleh Alexandar ini sangat menarik dan ia skrip terbaik yang pernah dihayatinya setakat ini. 

“Alexandar memang pakar dalam penulisan skrip dengan garapan yang kemas dan lengkap memudahkan saya mengarahkan filem ini. Apa yang saya perlu buat ialah terjemahkan dalam bentuk visual dan setiap watak menzahirkan emosi yang terkandung dalam jiwa masing-masing. 

“Dalam cerita ini banyak plot yang menarik. Walaupun ia adalah cerita seram, tetapi masih ada nilai kekeluargaan dan cinta agung suami dan isteri. Kita sedia tahu cerita Indonesia macam mana, oleh itu yang mana ada elemen asing dan sensitif terpaksa dibuang. 

“Namun ada adegan tertentu terpaksa juga diadakan untuk menghidupkan jalan cerita iaitu membabitkan babak di ranjang lakonan Johan dan pelakon baru, Aishah Alias serta Azad dan Diana. Untuk mengelakkan kontroversi dan menjaga sensitiviti masyarakat, saya tidaklah menggambarkannya secara nyata, tetapi lebih kepada mainan perlambangan saja. Masyarakat sendiri boleh faham apa yang tersirat atau tersurat. 

“Sebelum sampai ke Lembaga Penapisan Filem (LPF), kami mahu menapisnya sendiri dan saya berharap ia tidak menimbulkan masalah. Unsur seram dalam filem ini pun, saya tidak memaparkannya secara keterlaluan, tetapi saya beri sedikit saja. Seram bukan bererti makhluk aneh itu akan muncul setiap masa, tapi pada ketika tertentu saja,” katanya. 

Tambah Ramesh, perjalanan penggambaran filem ini berjalan lancar dan dijangka siap sebagaimana dirancang iaitu 18 hari. Mereka bekerja keras siang malam bagi mengejar jadual. 

“Penggambaran bermula tengah hari dan habis jam lima atau enam pagi kerana Paku banyak membabitkan penggambaran pada sebelah malam. Tiada masalah 
dengan pelakon kerana semuanya memberikan komitmen yang sangat baik. Saya 
mengambil Aishah berlakon kerana selain ada rupa dia ada semangat tinggi untuk belajar. 

“Watak Aishah dalam filem ini sangat mencabar kerana terpaksa memainkan peranan isteri yang sudah mati, tetapi ‘dihidupkan’ semula dengan bantuan bomoh kerana suaminya terlalu mengasihinya. 

“Aishah membuat adegan lasak sendiri dan dia menunjukkan kesungguhan dalam setiap lakonannya. Lakonan Johan pula tidak perlu dipertikaikan. Wataknya kali ini sangat berlainan dan sarat dengan emosi. Dia betul-betul memberi apa yang saya mahukan. Saya yakin Paku dapat memuaskan hati penonton kerana semua elemen seram ada di dalamnya. Ia dijangka memasuki pawagam tahun depan,” katanya. 

Ramesh, anak jati bumi bertuah menimba pengalaman luas mengarah filem seram di India. Selama 15 tahun menjadi pengarah di sana, dia sudah mengarahkan 12 filem dan satu drama. 

“Saya akan menggunakan pengalaman di India untuk mengarahkan filem di Malaysia. Pun begitu, saya tidak berminat mengarah drama kerana saya sudah biasa menerbitkan filem yang berskala besar,” katanya. 



INFO: 

Syarikat produksi - Nusantara Seni Karya (NSK) 
Produser - Shanker 
Eksekutif Produser - Devraj Nair 
Pengarah - P Ramessh 
Penolong pengarah 1 - Othman Basri (Man Kobena) 
Penolong pengarah 2 - Kamarul Azman Bin Ramli (Boy Kavalera) dan Muralee Tharan 
Pengurus penerbitan - Arie Zaharie 
Ko ordinator - Mat Jaafar bin Ahmad (Park) 
Penolong produksi - Nor Sofiatul Akmar Saufi (Along Nima) 
Penolong produksi - Mohd Azlan Mohd Nor (Azlan Zaharie) 
Penolong produksi - Salisa Salim (Lisa Kobena) 
Penolong produksi - Mohammad Afzanizam b Ayoup 
Pengarah seni - Zaidi Mohd Noor (Zaidi Rock) 
Penolong pengarah seni 1 - Helmi Lim b Sani Lim (Apek) 
Penolong pengarah seni 2 - Wan Ismaile Anis b Wan Mahmud 
Penolong pengarah seni 3 - Zai bin Hamzah 
Konti - Mohamad hidir bin Sani 
Clapper board - Radzmi bin Riko (Rico) 
Make up artis - Suzana Ismail 
Pembantu make up - Nurazreen 
Effect - Kit Hew Yoon Yin 
Pembantu effect - Abdul Mutalib b Md Noor (Wanda) 
Wardrobe - Desmond Wong Kit Mun 
Pembantu wardrobe 1 - Mohd Ibmi Ifral bin Jayadi (sha) 
Pembantu wardrobe 2 - Mohd Zarul bin Aiman (Zarul) 

Videographer dan photographer - Hakmal Rabah Mustapha Kamal, Mohd Hafizi Mohd Kodari, Hadzmir Haron 

Audio Department - Nurfitri Abd Rahman, Abu Hanifah Reduan@Redzuan, Nur Soffian Mohamad 

Stuntmen dan rigging - Kee Jiak Liang (Ronnie), Lee Boon Chuon, Kong Pau Soon, Chin Kok Chiu, Muhammad Aiman Abdullah 

Penolong pengarah photographi 1 - Din Sabah 
Penolong pengarah photographi 2 - Nor Hasbullah Rashhid b Mohammad 
Penolong pengarah photographi 3 - Indra Hisham b Azman 
Grip - Noor Rahim Abdul Hamid 
Best boy - Zainal Md Nayan (Uncle) 
Gaffer - Hazami Aliyas (Mie Conggo) 
Best boy lighting - Ruddy Armizal b Othman (Cik Boy) 
Spark - Hazizi Yais Razal (Bung Gigas) 
Loader - Sheikh Fadzly Sheikh Ahmad 
Penulis skrip - Shahriza Mahmud 
Runner 1 - Ahmad Rahizal Rahim 
Runner 2 - Md Johan Dihani Mohd Zaidi (John) 
Handy 1 - Mohd Aizol Mahammad (Joe Merong) 
Handy 2- Mohd Aliff Mahammad 

Pelakon - Aishah Alias, Johan As’ari, Pekin Ibrahim, Azad Jasmin, Diddy Hardi, Zaidi Omar, Wan Hanafisu, Kamal Adli, Jenny Cortez, Datuk Aziz Singah, Sidek Hussin, Maisara Shahira, Eliza Shadan, Baharuddin Hj Omar & Yus Raja Lawak 

Tayangan: 2013 By: Metro

Hantu Kapcai penyelamat

MEMANG seram sejuk melihat kaunter tiket panggung tempatan akhir-akhir ini. Ramai produser mengeluh filem Malaysia mula memasuki zaman gerhana kerana kutipan mula merudum termasuk pada musim raya. Apakah peminat sudah mulai jemu menonton filem Melayu? Nanti dulu. Mungkin tanggapan itu perlu dikaji semula. Hakikat ini kerana filem Melayu tidak terus merudum kerana tiba-tiba saja Hantu Kapcai muncul menjadi penawar kepada rasa cuak di hati karyawan filem.


Filem komedi seram yang mempertaruhkan Zizan Razak, Fizz Fairuz dan Remy Ishak sebagai pelaris ini terus mendapat sambutan memberangsangkan apabila berjaya membolosi kutipan hampir RM3 juta selepas tiga hari tayangannya. 

Angka itu terus meningkat dan terkini, pihak produksi memaklumkan bahawa kutipan filem sulung arahan Ghaz Abu Bakar ini sudah pun mencatatkan kutipan lebih banyak dan lebih menggembirakan apabila karya ini berjaya masuk ke minggu tayangan kedua.


Minggu ini makin ramai peminat berbaris di panggung wayang untuk berhibur dengan filem ini yang turut menampilkan Neelofa selain bakat baru Hairul Azreen yang dulunya bekas pelakon lagak ngeri.


Biarpun terpaksa bersaing dengan filem Hollywood seperti Looper, Hantu Kapcai masih berjaya menewaskannya apabila tersenarai di tangga pertama carta box-office filem yang ditayangkan dalam masa seminggu. 

Apa yang pasti, Hantu Kapcai berupa sebuah filem yang mudah diterima dan mampu mengukir senyuman sebaik melangkah keluar dari dewan tayangan. Mungkin cerita sebeginilah yang cukup diinginkan penonton kita. 

Nyata Hantu Kapcai juga ibarat penawar yang mengubati luka KRU Studios selepas kegagalan filem 29 Februari pada bulan lalu.

Mengutip kurang daripada RM500,000 di pawagam sedangkan kos pembikinannya jauh lebih mahal, teraju utamanya, Remy Ishak bagaimanapun tidak kecewa.

“Saya masih anggap 29 Februari sebagai filem yang hebat kerana ia sangat unik dari sudut pembikinan dan penceritaan. Memang ia gagal dari segi kutipan tiket dan kurang menerima sambutan, namun kita tidak sepatutnya mengatakan filem itu tidak berkualiti. Sebagai pelakon saya melihat 29 Februari mempunyai mesej yang tinggi. 

“Cuma aspek perniagaan jangka pendek ia dianggap gagal namun saya tidak sesekali kecewa sebaliknya tetap berbangga dan bersyukur kerana berpeluang melakonkan watak utama dalam filem itu. 29 Februari adalah filem yang mencatat sejarah tersendiri dalam industri perfileman tempatan,” katanya. 

Dalam Hantu Kapcai, Remy melakonkan watak antagonis iaitu sebagai Tiger. Dia bersyukur kerana doanya kali ini dimakbulkan apabila Hantu Kapcai berjaya mendapat kutipan pecah panggung yakni diterima dengan baik.

“Seperti mana pelakon, produser dan pengarah lain, mulanya saya memang risau melihat sambutan ke atas filem tempatan dan import pada ketika ini. 
Bagaimanapun, selepas saya dikhabarkan bahawa Hantu Kapcai sudah melepasi kutipan RM1 juta dan seterusnya panggung semakin sesak, saya pun sangat bersyukur dan sangat gembira.

“Sebagai pelakon, saya sudah memberikan yang terbaik namun segala-galanya terpulang kepada penerimaan penonton. Sudah pasti kalau ada yang mengkritik apatah lagi ia tidak mendapat sambutan, saya juga akan berkongsi rasa sedih. 
Namun untuk Hantu Kapcai yang mana percubaan pertama saya melakonkan watak jahat, saya bertuah kerana ia disukai penonton,” ujarnya lagi. 

Bagi bintang baru yang kacak, Hairul Azreen, dia terharu kerana langkah pertama dalam filem turut ditonton ramai penggemar filem Melayu. Kesannya dia juga mendapat tempias apabila lakonannya dapat dinilai penonton. 

“Peluang berlakon filem ini memang seronok namun seperti mana juga Remy, saya bimbang dan takut kalau-kalau penonton masih kurang datang ke pawagam. 
Bagaimanapun apabila diberitahu kutipan dan sambutan hangat diberikan, saya terus bersyukur kerana Hantu Kapcai menyuntik nafas baru kepada industri perfileman Malaysia.

“Inilah percubaan pertama saya di layar perak dengan watak penting dan sudah pasti Hantu Kapcai saya sifatkan sebagai permulaan yang sangat memberangsangkan buat kerjaya lakonan saya. Kalau ikutkan sudah lebih tiga tahun saya menceburi bidang ini. Rezeki dan kepercayaan yang diberikan oleh Showbiz Productions untuk saya membintangi filem ini sangat-sangat saya hargai.

“Mungkin inilah jawapan pada persoalan apa lagi yang diinginkan penonton kita. 
Sebuah karya ringan, komedi dengan suntikan seram yang dilakonkan pemain karektor terkenal seperti Zizan, Remy dan Fizz,” katanya.

Hantu Kapcai yang mengisahkan perjalanan seorang Mat Rempit, Ajib (Zizan Razak) yang terjebak dalam perlumbaan haram kerana kesempitan wang. Dalam perlumbaan itu, Ajib terpaksa berentap dengan musuh ketatnya, Tiger lakonan Remy Ishak. 
Namun dalam persaingan itu nyawanya terkorban.

Lalu Roh Ajib yang tidak tenteram mula berlegar dan secara kebetulan ia mampu dilihat seorang pemuda Ibrahim lakonan cemerlang Fizz Fairuz. Walaupun sukar untuk mempercayai apa yang dilihatnya, Ibrahim perlu mencari jalan untuk meyakinkan keluarga Ajib mengenai roh yang dilihatnya itu.

Ibrahim juga bertanggungjawab untuk memberikan semangat kepada adik Ajib iaitu Akim untuk menuntut bela atas kematian abangnya sekali gus menebus semula hutang Ajib.

Tambah Hairul yang mula dikenali sebagai pelakon ‘stunts’ dalam siri Bionik sebelum diberikan peranan dalam Ponti Anak Remaja dan Indera Joned, kali ini fokusnya lebih banyak kerana Hantu Kapcai adalah pertaruhan sulung di pawagam.

“Inilah peluang terbaik yang diberikan Ghaz kepada saya. Syukur juga Zizan, Fizz dan Remy sendiri banyak membantu dan tidak henti-henti memberikan tunjuk ajar. Maklumlah saya masih terlalu baru untuk beraksi di depan kamera filem dan mereka semua selalu pastikan saya tidak tersasar jauh baik dalam aspek lakonan.

“Alhamdulillah saya bersyukur dan berterima kasih dengan peluang ini dan insya-Allah saya akan lebih berusaha lagi untuk percaturan akan datang,” 
katanya yang akan muncul dalam filem Gila-Gila Remaja II dan Pak Pong tidak lama lagi. By: Metro